The Influence of Foreign Ownership towards Environmental Information Disclosure in the Oil Palm Industry in Indonesia

Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus dan Akauntabiliti
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
MALAYSIA

maizatul@ukm.edu.my

Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus dan Akauntabiliti
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
MALAYSIA

adibz@ukm.edu.my

Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus dan Akauntabiliti
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
MALAYSIA

intanmaiza@ukm.edu.my

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh pemilikan asing ke atas pendedahan maklumat alam sekitar dalam industri sawit Indonesia. Pelabur asing yang dikaji terbahagi kepada tiga kategori iaitu: (i) pelabur dari negara jiran yang merangkumi Singapura, Malaysia, Thailand dan Brunei, (ii) pelabur dari Kesatuan Eropah, dan (iii) pelabur dari negara-negara lain. Sampel kajian ini terdiri daripada syarikat kelapa sawit yang tersenarai di Bursa Efek Indonesia pada tahun 2013 hingga 2017. Jumlah sampel terdiri daripada 100 pemerhatian syarikat kelapa sawit selama 5 tahun. Pendedahan maklumat alam sekitar diambil menerusi kaedah analisis kandungan dalam laporan tahunan syarikat. Kajian ini menguji hipotesis menerusi ujian analisis data panel. Salah satu sumbangan kajian ini adalah membuktikan bahawa pihak pengurusan syarikat menjalankan strategi pelaporan berbeza apabila berdepan dengan pelabur dalam kategori berbeza. Pihak pengurusan syarikat menjalankan strategi legitimasi apabila berdepan dengan pelabur dari Kesatuan Eropah yang merupakan negara yang paling kuat memberi tekanan ke atas industri sawit. Namun, bertindak mengurangkan pelaporan maklumat tertentu apabila berdepan dengan pelabur dari negara- negara lain. Dapatan kajian ini memberi sumbangan signifikan dalam usaha meningkatkan kelestarian industri sawit menerusi pembuktian kategori pelabur yang mempunyai pengaruh dalam meningkatkan ketelusan pelaporan maklumat dan seterusnya membantu memantau aktiviti syarikat kelapa sawit yang boleh memudaratkan alam sekitar. Dapatan ini juga dijangka berguna dalam membantu penetapan polisi yang berkait dengan pelaburan asing agar industri sawit bukan sahaja mendapat akses kepada sumber modal tetapi juga dapat menangani masalah pencemaran alam.

The main objective of this study is to examine the influence of foreign ownership on the environmental information disclosure in oil palm industry in Indonesia. Foreign investors are divided into three categories: (i) investors from neighbouring countries involving Singapore, Malaysia, Thailand and Brunei; (ii) investors from European Union; and (iii) investors from other countries. The samples of this study consist of oil palm companies listed in the Indonesian Stock Exchange from the years 2013 until 2017. The total sample includes the observation of 100 oil palm companies for 5 years. Environmental information disclosure was taken through the content analysis method from the companies’ annual reports. This study tested the hypothesis using panel data analysis. One of the contributions of this study is in proving the companies’ management carried out different reporting strategies when dealing with investors of different categories. The management used legitimacy strategy when dealing with investors from the European Union as they are the countries that give most pressure to the oil palm industry. However, they withhold reporting of certain information when dealing with investors from other countries. The finding of this study is significant in the efforts to improve the sustainability of oil palm industry. This is proven by the finding of this study that the categories of investor have influence on the transparency of reporting and help monitor companies’ activity that may harm the environment. This finding is also important in developing policy(ies) regarding foreign investment not only for oil palm to get access to source of capital but also to tackle the issue of pollution.

Keywords

alam sekitar, Indonesia, Industri sawit, pemilikan asing, pendedahan maklumat

DOI

Bibliography

Abdullah, M., Hamzah, N., & Abd Rahman, I. M. (2020). Pengaruh Pemilikan Asing ke atas Pendedahan Maklumat Alam Sekitar dalam Industri Sawit di Indonesia. Journal of Accounting and Governance, 14, 141–153.  http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2020-14-11

14 : 141–153 (2020)



Share article: