Reporting on Public-Private Partnership Arrangements: A Needs Analysis
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Abstract
Pelaporan merupakan medium penting dalam menzahirkan akauntabiliti entiti sektor awam. Namun tahap pelaporan sedia ada masih tidak memadai untuk memenuhi tuntutan akauntabiliti pihak berkepentingan. Terutamanya aktiviti yang kompleks seperti Pengaturan Kerjasama Awam Swasta atau dikenali sebagai PublicPrivate Partnership (PPP). Kekurangan ini boleh memberikan indikasi terhadap ketidaktelusan dan berpotensi mengancam kelestarian pelaksanaan projek-projek di bawah pengaturan PPP. Sehubungan itu, kajian ini meneroka pandangan pihak berkepentingan dalaman mengenai keperluan penyediaan laporan khusus berkaitan pengaturan PPP bagi memperkukuh akauntabiliti. Secara khusus, kajian ini berusaha mendapatkan perspektif pihak berkepentingan terhadap amalan pelaporan sedia ada dan mengesahkan keperluan untuk membangunkan satu kerangka kerja pelaporan pengaturan PPP yang komprehensif. Dengan memfokuskan kepada projek-projek infrastruktur, kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual melibatkan pihak berkepentingan dalaman di lapangan yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sehingga kini belum terdapat laporan yang mendedahkan maklumat projek PPP secara menyeluruh kepada pihak awam. Hasil kajian turut melaporkan keperluan penyediaan laporan khusus dan pembangunan satu kerangka kerja pelaporan yang bersesuaian sejajar dengan keunikan dan kompleksiti pelaksanaan pengaturan PPP. Kajian ini menyumbang kepada bidang pengurusan dan pelaporan PPP serta berpotensi menjadi asas bagi penyediaan panduan pelaporan yang efektif dalam usaha memperkukuh akauntabiliti sektor awam, khususnya di kalangan pihak yang terlibat dalam projek PPP.
Reporting is an essential medium for manifesting accountability in public sector entities. However, the existing reporting is insufficient to meet the accountability demands of stakeholders. Particularly complicated operations, such as Public-Private Partnership (PPP) arrangements. This deficiency may indicate a lack of transparency and potentially threaten the sustainability of projects under PPP arrangements. Therefore, this study was conducted to explore the perspectives of internal stakeholders regarding the need for specific reporting related to PPP arrangements to strengthen accountability. Specifically, the study aims to gather stakeholder perspectives on existing reporting practices and to validate the need to develop a comprehensive reporting framework for PPP arrangements. Focusing on infrastructure projects, this study adopts a qualitative approach through interviews with internal stakeholders selected through purposive sampling. The findings indicate that, to date, there is no proper comprehensive reporting about PPP projects to the public. The findings further highlight the necessity for specific reporting and developing an appropriate reporting framework, given the uniqueness and complexity of PPP implementation. This research contributes to the management and reporting and may serve as a foundation for preparing effective reporting guidelines to enhance accountability in the public sector, particularly among those involved in PPP projects.
