Repeated Audit in Malaysia: An Exploratory Study on Motor Companies for Micro, Small and Medium Enterprises

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

mohamadzaki@hasil.gov.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

rosie@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

sofiah@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

romlah@ukm.edu.my

Abstract

Kajian mengenai audit berulang kali di Malaysia adalah terhad disebabkan oleh faktor kerahsiaan maklumat. Ini menimbulkan jurang antara amalan pentadbiran cukai dan pengetahuan umum mengenai kes audit cukai, terutama dalam kalangan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), audit berulang kali adalah aktiviti audit yang dilakukan ke atas syarikat yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh lima tahun. Audit berulang kali merupakan isu yang mendapat perhatian LHDNM kerana memberi kesan kepada kos operasi di samping menggambarkan tahap ketidakpatuhan syarikat yang tinggi. Laporan LHDNM menunjukkan bahawa audit berulang kali paling banyak dilakukan ke atas PMKS syarikat permotoran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi pengelakan cukai PMKS syarikat permotoran melalui bentuk pelarasan yang kerap dilakukan, ciri-ciri mereka dan bilangan kekerapan audit berulang kali dalam tempoh lima tahun. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan data kes audit cukai di LHDNM bagi tempoh 2015 hingga 2019. Daripada 924 syarikat yang dikaji, hasil menunjukkan bahawa bentuk pelarasan yang paling kerap dilakukan oleh PMKS syarikat permotoran adalah pelarasan pendapatan, di mana syarikat kurang menyatakan amaun pendapatan. Dari segi ciri-ciri syarikat, kajian juga mendapati PMKS syarikat permotoran yang paling kerap diaudit berulang kali ialah syarikat bersaiz kecil, mempunyai kadar keuntungan di bawah RM3 juta, majoriti dari subsektor jualan alat ganti dan aksesori selain motosikal serta menggunakan perkhidmatan ejen cukai untuk menguruskan hal percukaian mereka. Seterusnya dari segi kekerapan diaudit, hasil menunjukkan majoriti syarikat yang dikaji telah diaudit dua kali dalam tempoh lima tahun. Dapatan kajian ini menyediakan asas untuk membantu menerangkan senario syarikat PMKS sektor permotoran yang terlibat dengan audit berulang kali dan kepentingannya ke atas penguatkuasaan audit cukai secara keseluruhan.

Studies on repeated audit in Malaysia is limited due to the confidentiality of information. This creates a gap between tax administration practices and public knowledge regarding tax audit cases, particularly among micro, small, and mediumsized enterprises (MSMEs). According to Inland Revenue Board of Malaysia (IRBM), repeated audits are audit activities conducted on the same company more than once within a five-year period. Repeated audit is a significant issue for IRBM as it impacts on the operational costs and reflects a high level of non-compliance among companies. IRBM reports indicate that repetitive audits are most frequently conducted on SMEs motor companies. Therefore, this study aims to identify the tax avoidance strategies of MSMEs motor companies through common audit adjustments, their characteristics, and the frequency of repeated audits within a period of five years. This is the result of a descriptive study using tax audit case data from IRBM for the period 2015 to 2019. Out of the 924 companies being studied, the results show that the most common adjustment made by SME motor companies is income adjustment, where most companies under-reported their incomes. In terms of company characteristics, the study also found that they are small-sized companies, with a profit margin below RM3 million, mostly from the sub-sector of the sale of spare parts and accessories other than motorcycles and use tax agent services to manage their tax matters. In terms of frequency of audit, the result shows that majority of the companies under study had been audited twice in the period of five years. The findings of this study provide a basis for explaining the scenario of SME motor companies involved in repeated audits and its importance on tax audit enforcement as a whole.

Keywords

Audit berulang kali, ketidakpatuhan cukai, syarikat PMKS sektor permotoran

DOI

Bibliography

Md Jani, M. Z., Ramli, R., Md. Auzair, S., & Jaffar, R. (2024). Audit Berulang Kali di Malaysia: Kajian Penerokaan ke atas Syarikat Permotoran bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Journal of Accounting and Governance, 22, 139–151.  http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2024-22-10

22 : 139–151 (2024)



Share article: