Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA.

mohamadzaki@hasil.gov.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

syuhada@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

amiza@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA.

rosie@ukm.edu.my

Abstract

Audit cukai berulang kali merupakan cabaran utama dalam memastikan pematuhan cukai di Malaysia, khususnya dalam kalangan syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sektor permotoran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada fenomena ini serta menilai keberkesanan langkah-langkah pematuhan yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini, melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan empat pegawai atasan LHDNM. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekurangan pengetahuan percukaian, kelemahan kawalan dalaman syarikat PMKS serta persepsi negatif terhadap sistem percukaian negara merupakan faktor utama yang menyumbang kepada ketidakpatuhan cukai. Kajian ini mengesyorkan usaha untuk memperkukuh kompetensi pegawai audit, memperluas program pendidikan percukaian, dan menilai semula struktur penalti sebagai langkah untuk meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela. Hasil kajian ini dapat memberikan panduan yang berguna kepada pembuat dasar untuk meningkatkan keberkesanan strategi pematuhan cukai di Malaysia, khususnya bagi menyokong pembangunan sektor PMKS.

Keywords

Audit cukai berulang kali, ketidakpatuhan cukai, kompetensi pegawai audit, pematuhan cukai sukarela, syarikat PMKS

DOI

Bibliography

Md Jani, M. Z., Abu Hassan, N. S., Mohd Amir, A., & Ramli, R. (2025). Audit Berulang Kali ke atas Syarikat Permotoran bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Di Malaysia: Perspektif LHDNM. Journal of Accounting and Governance, 24, 101–117.  http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2025-24-8