Factors that Influence the Completion of Tax Audit: A Research on Perspective of Tax Auditor in Malaysia.

122 Jalan Koperasi 5
Taman Ipoh Impian
31400 Ipoh Perak
MALAYSIA

thilarajen@yahoo.com

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
43600 UKM Bangi Selangor
MALAYSIA

rosie@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
43600 UKM Bangi elangor.

mr_palil@ukm.edu.my

Abstract

Cukai pendapatan merupakan sistem cukai yang dikenakan oleh Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ke atas pendapatan yang bercukai. Sejak tahun 2001, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Sistem Taksir Sendiri (STS) bagi syarikat diikuti dengan pembayar cukai individu pada tahun 2004. Audit cukai merupakan satu instrumen penting dalam STS kerana ia menggalakkan pematuhan cukai secara sukarela di kalangan pembayar cukai. Pematuhan cukai ini sentiasa dipantau oleh Juru Audit Cukai (JAC) dari LHDNM melalui proses Audit luar dan Audit meja. Mengikut Rangka Kerja Audit Cukai (RKAC)2015, sesuatu audit cukai perlu diselesaikan dalam tempoh masa 4 bulan bermulanya audit. Akan tetapi data dari Laporan Tahunan LHDNM 2008 hingga 2013 menunjukkan terdapat kes audit cukai yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor- faktor yang menyumbang kepada penyelesaian audit cukai dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh RKAC 2015. Kajian ini memfokuskan kepada audit luar sahaja. Bagi mencapai objektif utama kajian ini, borang soal selidik telah dihantar kepada 209 JAC dari LHDNM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara empat faktor yang dikaji dengan penyelesaian audit cukai dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh RKAC, iaitu pengetahuan JAC terhadap kerja audit, kerumitan transaksi perniagaan, penyimpanan rekod perniagaan dan kerjasama pembayar cukai. Hasil kajian bagaimanapun mendapati tiada hubungan yang signifikan antara saiz syarikat yang diaudit dan penyelesaian audit cukai dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh RKAC. Dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur audit cukai dan menyarankan beberapa cadangan kepada LHDNM untuk menstrukturkan semula RKAC yang dilihat terlalu umum dengan mengambilkira faktor-faktor yang terbukti signifikan dalam kajian ini.

Income tax is a tax system that is applied by the Inland Revenue Board of Malaysia (LHDNM) toward taxable income. Since 2001, the Malaysian government has introduced the Self-Assessment System (SAS) for companies and for individual tax payers in 2004. Tax audit is an important instrument in SAS as it encourages voluntary tax compliance amongst tax payers. Tax compliance is often monitored by Tax Auditors from LHDNM through field and table audit. According to the Tax Audit Framework (RKAC) 2015, a tax audit should be completed within 4 months from its conception. However data from LHDNM Reports 2008 until 2013 shows there are tax audit cases that could not be completed within the required timeline. The primary aim of this study is to identify factors that contribute to the completion of tax audit within the RKAC 2015’s required timeline. This study focuses on the external tax audit only. To achieve the objective, questionnaire were sent to 209 Tax Auditors from the states of Federal Territory of Kuala Lumpur and Selangor. The results show existence of significant relationship between four factors and completion of tax audit within the RKAC’s timeline, that is Tax Auditor’s knowledge on tax audit, complexity of business transactions, keeping of business records and cooperation of tax payers. The result also showed non-significant association between size of companies and completion of tax audit within the RKAC’s timeline. The findings contribute to tax audit literature and suggest few recommendations to LHDNM to restructure the Tax Audit Framework which is currently seen as too generic. This can be done by incorporating the four significant factors highlighted in this study.

Keywords

audit cukai, JAC, Rangka kerja audit cukai

DOI

Bibliography

Apadore, T. a/p., Ramli, R., & Palil, M. R. (2018). Faktor-Faktor Mempengaruhi Penyelesaian Audit Cukai: Kajian dari Perspektif Juruaudit Cukai Malaysia. Journal of Accounting and Governance, 10, 83–95.  http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2018-10-08

10 : 83–95 (2018)



Share article: