Accountability, Internal Control and Risks in Financial Management of Religious Institutions

Jabatan Audit Negara Malaysia
Wisma Audit
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

sattar@audit.gov.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

hairun@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

ali@ukm.edu.my

Abstract

Masjid dan surau di Malaysia merupakan institusi keagamaan bagi umat Islam yang terdekat dengan penduduk setempat untuk menjalankan ibadah secara jemaah. Peranan institusi ini dalam menerima derma dan sedekah dari orang ramai, sumbangan badan persendirian serta peruntukan dari kerajaan menjadikan pengurusan kewangan masjid dan surau perlu dikaji. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menilai sejauh mana kawalan dalaman dalam aspek pengurusan kewangan institusi keagamaan di Putrajaya dilaksanakan sebagai tafsiran akauntabiliti terhadap pemegang kepentingannya. Selain itu, kajian juga bermatlamat untuk menentukan sama ada risiko yang boleh wujud daripada pelaksanaan kawalan dalaman tersebut telah dikenal pasti. Kajian ini dibuat secara kualitatif dengan pengumpulan data dibuat melalui kaedah temu bual separa berstruktur bersama enam wakil surau yang dipilih sebagai sampel. Teknik analisis naratif diguna pakai bagi menganalisis data yang diperoleh bertujuan untuk menyelami masalah dan kelemahan yang berlaku dalam pengurusan kewangan surau. Hasil kajian mendapati tahap akauntabiliti yang rendah kerana terdapat beberapa kelemahan terutamanya dalam aspek terimaan dan keselamatan wang tunai, pembayaran panjar wang runcit, perolehan, perakaunan serta kaedah pengawasan yang longgar terhadap pengurusan kewangan institusi keagamaan di Putrajaya. Selain itu, risiko penyelewengan, penyalahgunaan, pembaziran, kehilangan dan kepincangan data kewangan juga dikenal pasti boleh berlaku disebabkan elemen kawalan dalaman yang tidak teratur. Kajian ini akan menjadi asas kepada pihak kawal selia seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam membuat perancangan bagi menambah baik pengurusan kewangan institusi keagamaan.

Mosques and suraus in Malaysia serve as religious institutions for the local Muslim community to perform congregational prayers. The role of these institutions in receiving donations and contributions from the public, private entities, and government allocations requires a review of their financial management. This study aims to assess the need of internal control in the financial management of religious institutions in Putrajaya as a measure of accountability to their stakeholders. Additionally, the study determine whether the risks associated with the implementation of these internal controls have been identified. This qualitative research was conducted through semistructured interviews with six surau representatives selected as samples. Narrative analysis was employed to examine the collected data, aiming to uncover issues and weaknesses in the financial management of suraus. The study found a low level of accountability due to several weaknesses, particularly in the areas of cash receipt and security, petty cash payments, procurement, accounting, and the overall lax supervision of financial management in religious institutions in Putrajaya. Furthermore, the risks of misappropriation, abuse, wastage, loss, and data discrepancies were identified as potential issues stemming from poorly organized internal controls. This study serves as a foundation for regulatory bodies such as the Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) and the Federal Territory Islamic Religious Department (JAWI) to plan improvements in the financial management of religious institutions.

Keywords

Akauntabiliti, kawalan dalaman, pengurusan kewangan, putrajaya, risiko, tabung kewangan

DOI

Bibliography

Harun, A. S., Wahid, H., & Azli Ali Khan, M. N. (2024). Akauntabiliti, Kawalan Dalaman dan Risiko dalam Pengurusan Kewangan Institusi Keagamaan. Journal of Accounting and Governance, 22, 125–138.  http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2024-22-9