Trust as Core Element of Contribution Made Through Charitable Crowdfunding
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA
Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA
Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan
Islam (IRCIEF)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra
43000 Kajang, Selangor
MALAYSIA
Abstract
Pendanaan awam bertujuan kebajikan (charitable crowdfunding) adalah suatu mekanisma bantuan kewangan yang bertujuan membantu pihak yang memerlukan dana dan yang mengusahakan projek (crowdfunder) mendapatkan dana dari orang ramai bagi membiayai projek kebajiakn. Berdasarkan jumlah dana yang disumbangkan orang ramai kepada projek kebajikan, secara tidak langsung menunjukkan bahawa terdapat elemen kepercayaan untuk menyerahkan wang untuk tujuan kebajikan melalui mekanisma ini sedangkan pihak yang terlibat saling tidak mengenali antara satu sama lain, dan hanya ditemukan melalui satu platform atas talian dan melalui jaringan media sosial. Menyedari hakikat ini, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong orang ramai untuk menyumbang dana melalui pendanaan awam bertujuan kebajikan dan kaitannya dengan elemen kepercayaan. Kajian ini adalah kajian deskriptif menggunakan kaedah sorotan karya bersistematik bersifat kualitatif. Sumber utama kajian ini adalah melalui sorotan karya terdahulu yang diperoleh daripada pangkalan data atas talian Scopus dan Web of Science (WoS) yang dianalisis berdasarkan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Dapatan kajian menunjukkan faktor orang ramai menyumbang melalui pendanaan awam bertujuan kebajikan sehingga melahirkan kepercayaan ialah; filantropi dan motivasi, kempen, laman sesawang, kredibiliti crowdfunder dan kemudahan transaksi. Dapatan ini boleh diguna pakai oleh crowdfunder sama ada di peringkat individu atau organisasi yang menghadapi masalah kekurangan dana sebagai panduan ke arah penambahbaikan terhadap kempen-kempen mereka supaya kempen yang dilaksanakan lebih menarik kepercayaan orang ramai untuk menyumbangkan dana.
Charitable crowdfunding is a financial aid mechanism aimed at helping people in need and crowdfunder to get public funding for charitable project. The total amount of funds donated by the public to the charity projects indirectly indicates that the public has trust in giving their money for good cause through this mechanism although parties involved are unknown as they only meet through the online platform and social media networks. Recognizing this fact, this study identifies the factors that motivate people to donate through charity-based crowdfunding and the role of trust in this regard. This is a descriptive study which uses qualitative systematic literature review (SLR) based on earlier works derived from the online database of Scopus and Web of Science (WoS) and analysed using the Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyzes (PRISMA). The findings show that factors contributing to trust in donation made through charity-based crowdfunding to fund charity projects are; philanthropic and motivation, campaigns, website factors, crowdfunders’ credibility and convenience in making transactions. These findings can benefit the crowdfunders either at individual or organization levels with face low funds problem to improve their campaigns’ activity in order to attract more people to make donations.
