Jabatan Kewangan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tkt 14 Menara DBKL 1
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur MALAYSIA

razlan@dbkl.gov.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
MALAYSIA

rosiati@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
MALAYSIA

mr_palil@ukm.edu.my

Abstract

Cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas hartanah. Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara, semua PBT di Malaysia menghadapi masalah kutipan cukai taksiran yang tidak memuaskan dan tunggakan cukai cukai yang semakin meningkat setiap tahun. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada situasi ini, khususnya mengenalpasti hubungan di antara faktor dalaman institusi PBT dan tunggakan cukai taksiran. Terdapat tiga perkara utama yang dikaji iaitu struktur organisasi, kempen dan promosi, serta tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh PBT. Kajian telah membuat soalselidik ke atas kesemua 99 PBT di Semenanjung Malaysia dan mendapati terdapat tiga faktor yang menyumbang secara signifikan kepada tunggakan cukai taksiran. Faktor pertama ialah mewujudkan jabatan/bahagian khas tunggakan cukai taksiran, kedua kategori PBT itu sendiri, dan ketiga tahap kebergantungan PBT terhadap hasil cukai taksiran. Kajian mencadangkan setiap PBT perlu melakukan penstrukturan semula dengan mewujudkan bahagian khas tunggakan cukai taksiran dan menfokuskan kepada tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Assessment tax is the tax imposed by the Local Authorities (LA) on property. Based on the Auditor-General’s Report, all LAs in Malaysia are facing unsatisfactory assessments tax collection and tax arrears are increasing every year. The main purpose of this study is to identify factors that contribute to this situation, in particular identifying the relationship between the internal factors of the local authorities and the assessment tax arrears. There are three main areas being studied, namely the organizational structure, campaign and promotion, and the enforcement actions taken by local authorities. The study conducted surveys on all 99 LAs in Peninsular Malaysia and found out that there are three factors which contribute significantly to the assessment tax arrears. The first factor is to create a special department / division for assessment tax arrears, secondly the category of LA, and the third is the level of dependency of the LA on assessment tax revenue. The study suggests that each LA needs to be restructured by creating a special division of assessment tax arrears, and focuses more on the effective enforcement measures.

Keywords

Akta Kerajaan Tempatan 1976, faktor institusi, kutipan cukai taksiran, Pihak Berkuasa Tempatan, tunggakan cukai taksiran

DOI

Bibliography

Razak, R. A., Ramli, R., & Palil, M. R. (2017). Hubungan Antara Faktor Institusi dan Tunggakan Cukai Taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Journal of Accounting and Governance, 8(Special Issue), 153–163.  https://doi.org/10.17576/AJAG-2017-08SI-14

8 : 153–163 (2017) Special Issue



Share article: