Relationship between Related Party Transactions and Audit Fees: Evidence from Malaysian Listed Firms

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
MALAYSIA

norsuhailaghazali@gmail.com

Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus dan Akauntabiliti (GRACE)
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
MALAYSIA

miezah@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
MALAYSIA

dnurhidayahwaad@gmail.com

Abstract

Secara umumnya, urus niaga pihak berkaitan (UPB) dapat meningkatkan kecekapan operasi perniagaan firma. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam skandal kewangan yang melibatkan UPB menggambarkan bahawa urus niaga ini berpotensi dijadikan alat oleh pihak berkepentingan untuk merampas sumber kekayaan firma. Disebabkan oleh potensi penyalahgunaan tersebut, maka UPB menjadi cabaran dalam kerja audit. Oleh itu juruaudit terdedah dengan risiko audit dan perlu menumpukan masa serta usaha untuk melaksanakan kerja audit. Risiko dan kesukaran dalam kerja audit ini seringkali dikaitkan dengan peningkatan yuran audit. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara UPB dan yuran audit di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini mengkelaskan UPB berdasarkan kompleksiti urus niaga dan pihak berkaitan iaitu terdiri daripada UPB rumit atau UPB mudah dan UPB efektif atau UPB konflik. Kajian ini meliputi 583 buah firma awam yang tersenarai di Bursa Malaysia bagi tempoh 2013 hingga 2017. Kajian ini mendapati UPB rumit, UPB mudah dan UPB efektif menunjukkan hubungan positif dan signifikan dengan yuran audit. Dapatan kajian ini menyokong kepada teori agensi bahawa UPB secara umumnya meningkatkan risiko salah nyata dan kerja-kerja audit. Kajian ini dapat menyediakan maklumat kepada penyedia penyata kewangan mengenai potensi risiko salah nyata penyata kewangan yang timbul daripada UPB. Juruaudit juga perlu memahami kepentingan setiap jenis urus niaga dan pihak berkaitan untuk membuat penilaian dan prosedur audit yang lebih bersesuaian.

Generally, related party transactions (RPTs) can enhance the efficiency of firm’s business operations. However, the increase in financial scandals involving RPTs proves that these transactions could potentially be used as a tool by stakeholders to extract firm’s wealth. Due to the potential abuse, RPTs are a challenge to the audit work. Therefore, auditors are exposed to audit risk and need to devote time and effort to performing audit work. The risks and difficulties in audit works are often associated with increased audit fees. Therefore, the objective of this study is to examine the relationship between RPTs and audit fees in Malaysia. Specifically, this study classifies RPTs based on their complexity and type of related parties which includes complex RPTs or simple RPTs and effective RPTs or conflict RPTs. This study employs a total of 583 firms listed on Bursa Malaysia from 2013 to 2017. The findings suggest that complex RPT, simple RPT and effective RPT have positive and significant relationships with audit fees. These findings support agency theory that RPTs increase audit risks and audit efforts. This study provides insights for financial statement preparers to the potential risks of financial misstatement arising from RPTs. Auditors need to understand the importance for each type of RPTs in order to make an appropriate audit judgement and procedures.

Keywords

kompleksiti urus niaga, pihak berkaitan, Urus niaga pihak berkaitan, usaha audit, yuran audit

DOI

Bibliography

Mohd Ghazali, N. S., Md. Nor, H., & Waad, N. H. (2020). Hubungan antara Urus Niaga Pihak Berkaitan dan Yuran Audit: Bukti Syarikat Tersenarai di Malaysia. Journal of Accounting and Governance, 14, 53–65.  http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2020-14-05

14 : 53–65 (2020)



Share article: