The Determinants of Government Bond Yield Movement in Malaysia: An Analysis of Autoregressive Distributed Lag Model

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43 600 Bangi
Selangor

mazwinda96@gmail.com

Pusat Inklusif dan Pembangunan Lestari (SID) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43 600 Bangi
Selangor

zak1972@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94 300 Kota Samarahan
Sarawak

akbakri@unimas.my

Abstract

Pergerakan hasil bon kerajaan memainkan peranan yang penting kepada tadbir urus ekonomi sesebuah negara khususnya kepada pihak kerajaan, pelabur dan pengurus dana. Kadar hasil bon kerajaan yang relatif tinggi akan meningkatkan kos pembayaran kadar bunga oleh pihak kerajaan, dan jika berpanjangan situasi ini akan menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan pada masa hadapan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan kadar hasil bon kerajaan berdasarkan kepada tiga bentuk struktur tempoh kadar bunga iaitu bon jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Model penentu kadar hasil bon telah dianalisis dengan menggunakan kaedah auto regresif lat tertabur (ARDL). Hasil kajian mendapati berlakunya kointegrasi atau hubungan jangka panjang antara pemboleh ubah defisit fiskal, hutang kerajaan, kadar pertukaran asing, dan kadar pertumbuhan ekonomi ke atas ketiga-tiga struktur tempoh hasil bon kerajaan tersebut. Selain itu, dalam jangka panjang, defisit fiskal, hutang kerajaan dan kadar pertukaran mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas hasil bon kerajaan. Penemuan kajian ini menunjukkan penggubal dasar fiskal perlu lebih berhati-hati dalam mentadbir urus belanjawan defisit dan hutang negara, di samping peranan Bank Negara Malaysia dalam mengawal kestabilan kadar pertukaran asing bagi memastikan kestabilan kadar bunga bon-bon kerajaan untuk kepentingan negara.

The movement of government bond yields plays an important role in the economic governance of a country, especially to the government, investors and fund managers. A relatively high government bond yield rate will increase the cost of paying interest rates by the government, and if this situation is prolonged it will affect the future financial position of the government. Hence, this study aims to analyze the factors affecting the movement of the government bonds yield based on the three terms structure of interest rates namely short term, medium term and long-term bonds. The determinants of bond yield are analyzed using an auto regressive distributed lag (ARDL) model. The findings show that there is a co-integration or long-term relationships between fiscal deficit variables, government debt, foreign exchange rates, and economic growth on all structures of bond yield. In addition, in the long run, fiscal deficits, government debt and exchange rates have significant influenced on government bond yields. The findings of this study suggest that fiscal policy makers need to be more careful in governing budget deficits and national debt, as well as the role of Bank Negara Malaysia in controlling the stability of foreign exchange rates to ensure the stability of government bonds interest rates for national interest.

Keywords

auto regresif lat tertabur (ARDL), Hasil bon, model dana boleh pinjam

DOI

Bibliography

Mawardi, M., Abdul Karim, Z., & Abdul Karim, B. (2019). Penentu Pergerakan Hasil Bon Kerajaan di Malaysia: Analisis Model Auto Regresif Lat Tertabur (ARDL). Journal of Accounting and Governance, 12, 25–35.  http://dx.doi.org/10.17576/AJAG-2019-12-03

12 : 25–35 (2019)



Share article: