
Kelestarian Pantai Mersing
Aktiviti:
Aktiviti pembersihan pantai di kawasan pesisir pantai-
pantai di kawasan Mersing.
Inisiatif konservasi alam sekitar melalui aktiviti gotong-
royong.
Kelengkapan aktiviti pembersihan disediakan.
Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-UKMÂ diwujudkan pada tahun 2004 bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan, pendidikan awam dan pelancongan berasaskan warisan tabii serta budaya tempatan di kawasan Tasik Chini Rizab Biosfera (TCRB) di bawah program UNESCO Man dan Biosphere (MAB) selain menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti yang berasaskan ekosistem hutan hujan tropika tanah rendah, tasik air tawar semula jadi, kepelbagaian biologi, eksplorasi budaya dan tradisi setempat, serta warisan budaya Orang Asli.
Langkawi telah diisytiharkan sebagai Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) pada 1hb Jun 2007, iaitu yang pertama sekali di Asia Tenggara. Pusat Penyelidikan Langkawi, ALAF-UKM ditubuhkan pada tahun 2002 bagi menyokong penyelidikan tentang penilaian dan pemuliharaan warisan tabii (geologi dan biologi) dan warisan budaya yang juga diterjemahkan kepada pembangunan geo-pelancongan selain menyediakan pelbagai perkhidmatan serta menawarkan pelbagai kemudahan bagi tujuan penyelidikan khususnya kepada para penyelidik dalam dan luar UKM.
Pusat Penyelidikan Bukit Fraser telah diwujudkan pada tahun 1990, berikutan penyerahan sebidang tanah daripada Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1989 seluas 45 hektar dan mula menerokai penyelidikan di Bukit Fraser yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Hampir 30 tahun penubuhannya, Pusat Penyelidikan Bukit Fraser giat menjalankan pelbagai aktiviti dalam menjayakan objektif penubuhannya seperti pengajaran, penyelidikan dan juga eko-pelancongan.
EKOMARÂ telah ditubuhkan pada tahun 2007 untuk menggembleng penyelidikan dan menawarkan perkhidmatan bersifat rentas disiplin mengenai ekosistem marin yang merangkumi sains tulen, sains sosial, sains kesihatan, ekonomi dan kejuruteraan. Kedudukannya yang strategik di pantai menghadap Laut China Selatan iaitu kawasan yang kaya dengan kepelbagaian ekosistem marin terutamanya di Kepulauan Johor dan Pahang, menjadikan EKOMAR ideal sebagai pusat aktiviti penyelidikan, pengajaran, latihan, seminar, kursus kepimpinan dan pelancongan ilmu di Daerah Mersing.

Aktiviti:
Aktiviti pembersihan pantai di kawasan pesisir pantai-
pantai di kawasan Mersing.
Inisiatif konservasi alam sekitar melalui aktiviti gotong-
royong.
Kelengkapan aktiviti pembersihan disediakan.

Aktiviti:
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas,
Tempinis dan Kandis.
Pemerhatian flora dan fauna tanah bencah.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Menangkul Ketam : Aktiviti menangkap ketam kaedah
tradisional dengan menaiki bot nelayan.

Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Mengail lkan Menggunakan Kampoi.
Menggunakan Sampan Nelayan.

Aktiviti:
Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Menelusuri Sungai Kubang Badak melihat
ekosistem bakau menaiki bot.
Menangkul Ketam : Aktiviti menangkap ketam kaedah
tradisional dengan menaiki bot nelayan.
Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk.

Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini
(kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas,
Tempinis dan Kandis.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera
(TCRB).

Aktiviti:
Jelajah Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Menangkul Ketam : Aktiviti menangkap ketam kaedah
tradisional dengan menaiki bot nelayan.
Mengail Ikan Menggunakan Kampoi.
Menggunakan Sampan Nelayan.

Aktiviti:
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas,
Tempinis dan Kandis.
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera
(TCRB).

Aktiviti:
Melawat perkampungan Orang Asli di Tasik Chini.
Demonstrasi kemahiran tradisional orang asli.
Sesi perkongsian cerita dan pengalaman hidup
masyarakat orang asli.

Aktiviti:
Alami gaya hidup Orang Asli Jakun Tasik Chini
(kemahiran menyumpit dan membuat kraftangan).
Menyelusuri Tasik Chini dengan bot.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Meneroka hutan hujan tropika sepanjang Rintis Kempas,
Tempinis dan Kandis.
Menimba ilmu di Galeri Tasik Chini Rezab Biosphera (TCRB).

Aktiviti:
Menelusuri Sungai Kubang Sadak melihat ekosistem bakau menaiki bot.
Jelajah Galeri PPL: Lawatan ke galeri penyelidikan.
Aktiviti snorkeling di Pulau Jemuruk.

Aktiviti:
Menyelusuri Tasik Chini secara santai dengan bot.
Khidmat jurupandu berpengalaman dengan penceritaan
dan interpretasi ekologi tasik air tawar serta ekosistem
tanah bencah.

Aktiviti:
Kenali struktur, fungsi dan tumbuhan hutan.
Alatan lapangan dan modul disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Denai etnobotani.
Kenali tumbuhan ubatan, buah-buahan hutan dan makanan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.
Buku panduan ringkas disediakan.

Aktiviti:
Kenali serangga tanah tinggi.
Alatan lapangan dan buku panduan disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Meneroka flora dan fauna Bukit Fraser.
Nikmati keindahan Air Terjun Jeriau.
Perkhemahan.
Buku panduan dan alat tulis disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Kenali flora dan fauna, tumbuhan etnobotani, ekologi hutan, menyusuri
sungai dan air terjun.
Perkhemahan.
Alatan tulis dan buku panduan disediakan.
Khidmat Jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Meneroka dataran pasang-surut Pulau Mawar seluas hampir 1 km persegi, hutan bakau pantai serta pentas hakisan dan tunggul laut yang unik.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Menikmati keindahan alam marin dengan aktiviti
snorkel di pulau-pulau berhampiran.
Pengangkutan bot pergi-balik.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Meneroka keindahan pantai malam bersama hidupan nokturnal sambil menghayati peranan bulan dan bintang.
Lawatan ke Galeri EKOMAR.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Menghayati kehidupan nelayan tradisi termasuk akitiviti memukat, menjala dan menangkap hasil laut.
Mempelajari cara tradisi pembuatan keropok lekor dan sata.
Khidmat jurupandu berpengalaman.

Aktiviti:
Alami pengalaman berkhemah di hadapan pantai di Mersing.
Menikmati pemandangan malam yang indah di pantai Tg. Resang.
Menghayati keindahan alam marin yang disediakan di EKOMAR.
Mempelajari dan menghayati kehidupan nelayan tradisi.
Khidmat jurupandu berpengalaman.