Lawatan kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Sabah

Lawatan kerja dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Sabah ke Unit Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara agenda yang dibincangkan dalam pertemuan ini ialah mengenai penjanaan kewangan, aktiviti-aktiviti Alumni dan kekangan juga cabaran yang dihadapi oleh universiti-universiti yang tertua di Malaysia dalam menjejak kembali Alumni. Melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman ini, UKM dan UMS sangat berharap Alumni-alumni dapat kembali menyumbang bakti dan kewangan ke alma mater tercinta.