Alumni Hebat UKM Tokoh Guru
Mohamad @ Abdul Aziz Muda (FPI 79) ialah bekas guru yang hebat di daerah Marang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Pengajian BahasaArab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pencapaian yang hebat beliau lakukan ialah menerajui dua buah sekolah dengan serentak sebagai seorang Pengetua. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rusila dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Rantau Abang. Oleh sebab itu, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Daerah Marang 2017.
Ketika menceritakan pengalaman itu, beliau berkata, kira-kira dua tahun menjelang persaraannya pada 2000, beliau telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengetua SMK Rusila. M enurutnya, pada masa sama, beliau yang berpengalaman serta berkebolehan dalam ilmu agama dan bahasa Arab, turut ditawarkan menjadi Pengetua SMKA Rantau Abang yang baharu sahaja dibuka. apa kepada sembilan anak yang tinggal di Kampung Rhu
Rendang itu berkata, beliau bersyukur dengan anugerah tersebut dan kejayaan berkenaan didorong prinsipnya
yang sentiasa bersyukur dan reda dengan apa sahaja kurniaan Allah. ugas terakhirnya ialah sebagai Pengetua SMK Rusila selama dua tahun sebelum bersara pada tahun 2000.
