KUNJUNG HORMAT YBHG. DATO’ YEOW WAH CHIN
Pusat Perhubungan Alumni UKM telah mengadakan sesi kunjung hormat bersama YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin (FEP 1984), yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah UKM (Wakil Alumni Universiti), bagi membincangkan perancangan dan hala tuju strategik alumni bagi tahun 2026. Pertemuan ini memberi penekanan kepada usaha memperkukuh jaringan alumni, memperkasa penglibatan komuniti serta merangka inisiatif berimpak tinggi yang mampu memberi manfaat berterusan kepada warga alumni dan universiti.
Delegasi Pusat Perhubungan Alumni UKM telah diketuai oleh Dr. Roslan Ja’afar (Pengarah Alumni-UKM) bersama Pn. Farah Farzana Binti Rasol (Ketua Pentadbiran Alumni-UKM).
Sesi ini diharapkan menjadi pemangkin kepada perancangan yang lebih tersusun, inklusif dan kolaboratif, seterusnya memastikan alumni UKM terus relevan, progresif serta terus menyumbang secara signifikan kepada pembangunan universiti dan masyarakat.
