Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Kursus Intensif Anatomi 2020

Bengkel Kursus Intensif Anatomi (AIC) 2020 telah diadakan dengan jayanya pada 8 & 9 September 2020 yang lepas. Seramai 45 orang peserta dari pelbagai disiplin latarbelakang perubatan telah menyertai kursus 2 hari ini. Kursus ini merangkumi syarahan teori pelbagai sistem pada hari pertama, diikuti dengan praktikal, mock OSCE dan mock OBA pada hari kedua. Kursus kali ini juga turut dijayakan oleh mantan2 ketua jabatan ini iaitu Prof. Dr. Abdul Hamid Abdul Rashid dan Prof. Dr. Azian Abd Latiff. Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, dari para pelajar yang menghadiri sehinggalah kepada para fasilitator dan staf pelaksana yang sama-sama menjayakan program ini. Dengan maklumbalas positif yang diterima dari para peserta, pihak jabatan beriltizam untuk menjadikan kursus ini sebagai aktiviti tahunan.

Para fasilitator:

 

Aktiviti yang dijalankan: