KURSUS SANGGAR KERJA JABATAN ANATOMI 2025 YANG BERTEMAKAN "RISE FOR EXCELLENCE"
26 – 28 September 2025, A’Famosa Resort, Melaka – Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan telah menganjurkan Kursus Sanggar Kerja 2025 dengan tema “Rise for Excellence”. Program selama tiga hari ini bertujuan memperkukuh semangat kerjasama, meningkatkan kecekapan kerja berpasukan serta memperkukuh hubungan silaturahim antara warga jabatan.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kursus termasuk sesi pembentangan, perbincangan strategi, dan aktiviti luar bagi memupuk semangat kepimpinan dan profesionalisme. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada semua warga Jabatan Anatomi untuk terus cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab akademik dan pentadbiran.

















