Majlis Penghargaan Kenaikan Pangkat & Perpisahan
Jabatan ingin mengucapkan tahniah kepada 2 staf pelaksana di atas kenaikan pangkat masing-masing. Beliau adalah En. Mohd Fairuz Abdul Rashid yang naik ke Gred U36, dan juga kepada Pn. Natasya Nadia Sahruddin yang naik ke Gred U32. Dukacita juga buat jabatan kerana berkuatkuasa serta-merta, En. Fairuz telah ditukarkan ke Pusat Kejuruteraan Tisu. Pihak jabatan sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kedua-dua individu ini, serta setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya buat En. Fairuz yang telah bersama di jabatan ini selama 20 tahun. Satu majlis bagi meraikan kedua-dua individu istimewa ini telah diadakan pada hari Isnin, 7 September 2020.