Kumpulan Penyelidikan Astrofiqh & Kosmofiqh

 

Latar Belakang

ASTROFIQH & KOSMOFIQH
(Fiqh al-Falak wa al-Kawn)

 

Sebuah korpus ilmu baru yang diperkenalkan di Malaysia sebagai menggantikan Ilmu Falak Syarie yang mendapat kritikan di sudut istilahnya. Meskipun ia adalah cabang kepada Fiqh Dunia Moden, namun keluasan skop, teori dan amalinya secara praktis memerlukan ia berdiri dengan sendiri. Tambahan pula kursus khusus dalam bidang ini ditawarkan oleh beberapa buah IPTA di Malaysia, sebagai contoh Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas nama Ilmu Falak.

SKOP

  • Kosmologi Islam
  • Astrologi dalam lipatan sejarah Islam
  • Astronomi gunaan untuk kegunaan ibadah
  • Kajian geofizik Islam
  • Fenomena Bumi dalam Islam – angin, ombak, ribut dan banjir
  • Kajian tokoh falak
  • Kajian tahqiq kitab-kitab falak Melayu
  • Falak di nusantara
  • Dongengan dan khurafat dalam pernujuman Melayu
  • Kajian I’jaz al-Qur’ani al-Falaki
  • Kajian Hadis dan falak
  • Tafsiran semula fakta falak yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis.
  • Sains Taqwim
  • Sains Observatori Islam (Balai Cerap Astrofiqh)

PENGKHUSUSAN

  • Penciptaan alam semesta dan penghujungnya
  • Taqwim kiamat
  • Kajian zon waktu solat
  • Kajian gerhana matahari dan bulan, isu kiamat dengan ramalan, takwim Maya dan Aztec
  • Kajian arah kiblat
  • Kajian peralatan tradisional seperti astrolab, rubu’ mujayyab
  • Pemajuan peralatan astronomi moden untuk ibadah umat Islam
  • Pemajuan formula matematik untuk kegunaan ibadah
  • Kajian ufuk dan fenomena alam
  • Cerapan secara simulasi dan maya untuk pengajaran ibadah
  • Spesifikasi dan piawai syarie untuk sebuah balai cerap (observatori)
  • Kamus dan glosari astrofiqh & kosmofiqh
Translate »