Article Info

Impact of the Realistic Level of the Animated Talking-Head Character on Students Emotion and Performance

Mohd Najib Hamdan, Ahmad Zamzuri Mohamad Ali
dx.doi.org/10.17576/apjitm-2014-0302-02

Abstract

Animasi talking-head merupakan animasi arahan yang mampu membantu pembelajaran kemahiran sebutan sesuatu perkataan secara betul dan tepat. Namun, kesilapan dalam penggunaan karakter animasi memberi kesan negatif kepada pelajar. Kajian ini memfokus kepada isu Uncanny Valley yang dapat memberi kesan kepada emosi pelajar akibat daripada karakter animasi yang hampir menyerupai manusia. Justeru, kajian ini menilai penggunaan animasi talking-head yang berbeza tahap realistik terhadap pembelajaran sebutan perkataan di Kolej Komuniti. Penilaian keberkesanan animasi ini diukur melalui ujian sebutan dan ujian emosi mengguna soal selidik AEQ. Empat perisian animasi talking-head dengan tahap realistik berbeza dibangun untuk diuji dan setiap perisian tersebut dipelajari secara kendiri oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 20 orang. Jumlah keseluruhan sampel ialah 80 orang terdiri daripada pelajar di empat buah kolej komuniti di Perak. Ujian statistik deskriptif seperti nilai min, sisihan piawai dan peratus diguna bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan perisian animasi talking-headtiga dimensi tidak realistik (3D-TR) memperoleh peratusan tertinggi dari sudut emosi dan prestasi sebutan pelajar manakala perisian animasi talking-head tiga dimensi realistik (3D-R) memperoleh peratusan terendah dari kedua-dua aspek tersebut. Justeru, penggunaan karakter animasi tiga dimensi talking-head yang tidak realistik merupakan tahap realistik yang terbaik untuk membentuk emosi yang positif seterusnya berpotensi meningkat prestasi pelajar.

keyword

Karakter animasi talking-head, Pembelajaran sebutan perkataan, Animasi tiga dimensi, Animasi arahan, Uncanny valley

Area

Multimedia and Usability