Article Info
The Design of Adaptive Hypermedia Interface for Children's Digital Library
Nurul Nadia Ab Rahaman, Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Noraidah Sahari@Ashaari
dx.doi.org/10.17576/apjitm-2013-0202-01
Abstract
Reka bentuk antara muka yang baik menggalak tahap interaksi tinggi antara kanak-kanak dan perpustakaan digital kerana reka bentuk memenuhi keperluan sebenar. Kajian ini menfokus reka bentuk antara muka perpustakaan digital khusus untuk kanak-kanak di Malaysia berdasarkan prinsip reka bentuk web dan elemen adaptif. Kaedah reka bentuk ialah reka bentuk partisipatori yang melibatkan kanak-kanak secara aktif untuk mencungkil keperluan sebenar sebagai rakan reka bentuk. Hasil reka bentuk ialah prototaip antara muka bercirikan adaptif hipermedia dan diuji terhadap 10 orang kanak-kanak. Analisis pengujian mendapati fitur fungsi dan reka letak yang adaptif perlu ditambah baik mengikut konteks pengunaan kanak-kanak di Malaysia. Reka bentuk semula dijalankan secara iteratif dan pengujian dijalankan bersama 20 orang responden bagi mengesah elemen adaptif yang diperkemas mengikut keperluan sebenar. Analisis akhir membukti kecenderungan dan minat kanak-kanak adalah bercirikan adaptif, dengan itu tahap interaksi dalam kalangan kanak-kanak tinggi bagi penggunaan perpustakaan digital.
keyword
Reka bentuk partisipatori, antara muka hipermedia adaptif, reka bentuk antara muka pengguna, reka bentuk antara muka kanak-kanak.
Area
Multimedia and Usability