Article Info
Designing Symbolic Vector Calculus Package in Computer Algebra System Environment
Yuzita Yaacob, Stanley Steinbergh, Michael Wester
dx.doi.org/10.17576/apjitm-2014-0301-05
Abstract
Kajian ini membincangkan pakej Sistem Algebra Komputer (SAK), Interactive Learning Mathematica Enhanced Vector Calculus (ILMEV) yang direka khusus untuk membantu pengguna dalam kalkulus vektor. Reka bentuk sistem ILMEV terbahagi kepada empat bahagian: (i) kandungan, (ii) antara muka, (iii) ciri-ciri dan (iv) persekitaran matematik. Antara muka yang mudah diguna dibangunkan dalam ILMEV dengan tujuan (i) membenarkan pelajar mengakses sepenuhnya keupayaan SAK tanpa perlu bersusah payah mempelajari sintak SAK untuk memasukkan formula, mengedit dan operasi matematik, (ii) melaksana konsep pedagogi SAK dengan cekap dan berkesan dan (iii) menyediakan persekitaran matematik yang sesuai untuk membangun algoritma pengamiran simbolik.
keyword
Sistem algebra komputer (SAK); Kalkulus vektor; Pakej multimedia simbolik
Area
Industrial Informatics