Article Info
Knowledge Sharing for Learning Using Social Media: The Need for a Model
Zawiyah Mohammad Yusof, Zuhri Arafah Zulkifli
dx.doi.org/10.17576/apjitm-2014-0302-04
Abstract
Media sosial berpotensi menyemarak pembelajaran menerusi aktiviti perkongsian perkongsian kerana memboleh maklumat dicapai dengan mudah dan pantas dengan jangkauan tanpa had. Selaras dengan anjakan paradigma dalam pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang semakin berpusat kepada pelajar, institusi pengajian tinggi di Malaysia semakin memanfaat penggunaan e-pembelajaran. Bagaimanapun e-pembelajaran mempunyai kekangan yang tersendiri seperti tidak menggalak perkembangan idea dan penghasilan pengetahuan baharu, berkongsi dan memindah pengetahuan selain daripada hanya berupakan sistem pengurusan pembelajaran yang menumpu kepada hubungan satu hala. Masalah sedemikian dapat di atasi melalui penggunaan media sosial khususnya Facebook Group. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan setiap faktor yang memberi kesan signifikan ke atas tingkah laku penggunaan Facebook Group bagi berkongsi pengetahuan untuk tujuan pembelajaran dan mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada tingkah laku penggunaan media sosial tersebut. Sebuah model tingkah laku akhirnya dibangun. Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan yang mengguna pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 134 pelajar yang mengikuti program Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara kerana program yang ditawar menghendaki pelajar mengguna Facebook Group melibatkan seramai 134 orang. Soal selidik diguna sebagai instrumen pengumpulan data yang diedar secara dalam talian. Data dianalisis mengguna perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Analysis of Moment Structure (AMOS) versi 20. Analisis deskriptif melibatkan demografi responden (jantina, umur, semester pengajian, e-mel, pengguna FG dan alat mengguna FG) melalui teknik taburan kekerapan dan peratusan dan Structural Equation Modeling (SEM) untuk menguji model yang dibina berdasarkan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan FG adalah sesuai untuk tujuan berkongsi pengetahuan selain daripada merapat hubungan di antara pengajar dan pelajar.
keyword
Media sosial dalam pembelajaran, Facebook Group, Perkongsian pengetahuan, Universiti Teknologi MARA, Tingkahlaku penggunaan Facebook Group
Area
Knowledge Technology