2024: Seminar Gastronomi Melayu Kebangsaan II (SEGEMUK) 2024
01/10/2024
Seminar Gastronomi Melayu Kebangsaan II (SEGEMUK) 2024 yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2024 bertempat di Bilik Majlis dan Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). SEGEMUK II pada kali ini membawakan tema "Cabaran Gastronomi Melayu Hari Ini" telah menampilkan sebanyak 24 kertas kerja penyelidikan dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi dan agensi. Perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad, Pengarah ATMA, UKM dan sesi ucap utama telah disampaikan oleh Dr. Mohd Faizal Musa, pengerusi SEGEMUk II. Pelbagai hidangan tradisional Melayu turut disajikan kepada para peserta seminar yang hadir.
