2024: Program Cuti Sekolah: Cakna Uniknya Tamadun Melayu
18/9/2024
Program Cuti Sekolah "Cakna Uniknya Tamadun Melayu" yang telah berlangsung pada 18 September 2024 (Rabu) bertempat di Istana Puteri Bongsu anjuran ATMA, UKM dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Program menarik telah disediakan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak muda agar lebih cakna seiring memupuk perasaan cintakan budaya Melayu agar kekal terpelihara dalam mendepani zaman serba teknologi. Antara aktiviti-aktiviti pada program kali ini termasuklah pendedahan terhadap tumbuhan laman, memasak kuih tradisional Melayu, bermain permainan tradisional Melayu, menyemarakkan tradisi lisan Melayu melalui pantun, mewarna batik dan berpeluang menjelajah ke dalam Istana Puteri Bongsu bagi melihat keindahan seni bina Melayu.
