Tahniah diucapkan kepada TS. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria atas kejayaan pembiayaan: Pendigitalan dan Transliterasi Kitab Turath Nusantara
Tahniah diucapkan kepada TS. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, ATMA atas kejayaan menerima pembiayaan penyelidikan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi projek Pendigitalan dan Transliterasi Kitab Turath Nusantara (Manuskrip Kearifan Tempatan Alam Melayu).
Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memastikan khazanah manuskrip kearifan tempatan terus dipulihara, diakses dan difahami oleh generasi akan datang.
#ATMAUKM #PenyelidikanATMA # KitabTurath #PPMAM #ManuskripMelayu
