Tahniah! Dr. Mohd Faizal Musa atas lantikan sebagai Penyelaras Portal Malaycivilization 2026-2028
𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉!
Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Faizal Musa, Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) atas lantikan sebagai Penyelaras Portal Malaycivilization bagi tempoh 6 Januari 2026 hingga 5 Januari 2028.
Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh portal Malaycivilization yang merupakan sistem repositori penyelidikan dan perkongsian ilmu alam Melayu sebagai medium rujukan ilmu, warisan dan ketamadunan Melayu di peringkat nasional dan antarabangsa.
#ATMAUKM
#TahniahATMA
#Malaycivilization
#IlmuMutuDanBudi