Tahniah! Dr. Mohd Faizal Musa atas pelantikan sebagai Juri Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tahun 2026

𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉!
Tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Faizal Musa, Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), atas pelantikan sebagai Juri Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tahun 2026.
Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran, integriti dan sumbangan beliau dalam bidang media, pemikiran kritis serta wacana ilmiah.
Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan memberi impak positif kepada masyarakat serta negara.
Tulus ikhlas daripada seluruh warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.