KUNJUNGAN HORMAT KETUA UNIT INTEGRITI

 

 

 

 

 

 

Pada 11 September 2020 (Jumaat), Unit Audit Dalam yang diketuai oleh En. Ishak Md Saboo dan 4 orang pegawai Unit Audit Dalam UKM berbesar hati menerima Kunjungan Hormat Daripada Ketua Unit Integriti UKM iaitu Encik Hairuzzaki Mohd Yusof yang baru dilantik mulai 17 Ogos 2020. Beliau merupakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dipinjamkan ke UKM untuk mengetuai Unit Integriti UKM. Kunjungan beliau turut disertai 3 orang pegawai Unit Integriti yang lain.

        Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi tujuan untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman serta membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan bagi meningkatkan tadbir urus, kawalan dalaman dan tahap integriti warga UKM. Semoga kunjungan hormat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan Unit Integriti dan Unit Audit Dalam demi penambahbaikan dan keberkesanan tadbir Urus Universiti.