LAWATAN KERJA DARI UTeM

Lawatan Kerja Delegasi Pejabat Audit Dalam, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

 

 

 

 

 

 

 

Pada 8 Oktober 2025 (Rabu), seramai tiga orang kakitangan Pejabat Audit Dalam, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diketuai oleh Encik Mohd Hary Ujang selaku Ketua Juruaudit UTeM bersama Puan Norasiah Mat Said dan Puan Norhayati Suandi telah melakukan lawatan kerja ke UAD UKM.

Objektif lawatan ini adalah untuk bertukar pandangan tentang pelaksanaan dan penilaian Quality Assurance Review (QAR) yang diimplementasi di UAD UKM sehubungan dengan pelaksanaan Global Internal Audit Standards (GIAS) yang baharu dikuatkuasakan pada awal tahun 2025.

Di samping itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai peranan dan tanggungjawab Unit Audit Dalam dalam usaha memberi nilai tambah kepada organisasi. UAD UKM berharap lawatan kerja dari Pejabat Audit Dalam, UTeM mencapai objektifnya disamping dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kedua-dua organisasi.