{"id":1990,"date":"2016-08-05T09:57:26","date_gmt":"2016-08-05T09:57:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ukm.my\/audit\/?page_id=1990"},"modified":"2026-01-15T04:17:04","modified_gmt":"2026-01-15T04:17:04","slug":"piagam-jawatankuasa-audit-ukm","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/piagam-jawatankuasa-audit-ukm\/","title":{"rendered":"TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT UKM"},"content":{"rendered":"<ol>\n<li><strong>PENUBUHAN<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<p>1.1\u00a0 Jawatankuasa Audit Universiti Kebangsaan Malaysia (JAUKM) ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (LPUKM) menurut kuasa di bawah Seksyen 21(1) Perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia 2010.<\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<ol start=\"2\">\n<li><strong> OBJEKTIF PENUBUHAN<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<p>2.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 JAUKM membantu LPUKM memenuhi tanggungjawab mengawalselia proses\u00a0pelaporan kewangan, sistem kawalan dalaman, proses pengauditan serta memastikan proses pemantauan UKM mematuhi semua undang-undang dan\u00a0peraturan yang berkaitan.<\/p>\n<p>2.2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 JAUKM juga mengawasi dan mengawalselia Unit Audit Dalam Universiti\u00a0Kebangsaan Malaysia (UAD UKM) untuk memastikan semua fungsi dan tanggungjawab UAD UKM dilaksanakan dengan berkesan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol start=\"3\">\n<li><strong> KEANGGOTAAN JAUKM<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<p>3.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 JAUKM hendaklah sekurang-kurangnya dianggotai oleh (3) tiga hingga (5) lima ahli sama ada di kalangan LPUKM atau orang luar serta seorang ahli hendaklah akauntan bertauliah dan dilantik oleh Pengerusi LPUKM.<\/p>\n<p>3.2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 LPUKM juga akan melantik seorang daripada Ahli berkenaan menjadi\u00a0Pengerusi JAUKM.<\/p>\n<p>3.3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari dan Ketua Unit Integriti UKM hendaklah\u00a0dijemput menghadiri semua mesyuarat JAUKM. Pendaftar dan Bendahari boleh melantik seorang wakil ganti yang dinamakan sekiranya tidak dapat hadir\u00a0mesyuarat JAUKM.<\/p>\n<p>3.4\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 JAUKM boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat\u00a0JAUKM berkaitan dengan apa-apa perkara yang akan dibincang.<\/p>\n<p>3.5\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Setiausaha JAUKM ialah Ketua UAD UKM.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol start=\"4\">\n<li><strong> FUNGSI JAUKM<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<p>4.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengkaji keperluan UAD berhubung dengan keperluan sumber manusia, peruntukan dan kemudahan untuk memastikan fungsi audit dalam dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.<\/p>\n<p>4.2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Memastikan UAD diberi kebebasan untuk memeriksa semua rekod dan dokumen berkaitan dengan aktiviti organisasi bagi tujuan pengauditan.<\/p>\n<p>4.3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengkaji keberkesanan pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman.<\/p>\n<p>4.4\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengkaji dan meluluskan perancangan aktiviti audit berdasarkan risiko oleh UAD yang meliputi skop kerja, pelaksanaan, keanggotaan dan penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar.<\/p>\n<p>4.5\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada LPUKM.<\/p>\n<p>4.6\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengkaji dan menasihati LPUKM berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan.<\/p>\n<p>4.7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Meneliti dan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara serta kertas kerja yang berkaitan dengan bidang tugas audit dan membentangkan laporan setiap suku tahun di Mesyuarat LPUKM.<\/p>\n<p>4.8\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengkaji dan menasihati LPUKM berhubung dengan matlamat prestasi secara kuantitatif atas aktiviti yang tertakluk kepada pengauditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh LPUKM.<\/p>\n<p>4.9\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mengkaji keberkesanan proses dan prosedur untuk memastikan pematuhan kepada akta dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.<\/p>\n<p>4.10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Memastikan bahawa UKM sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan dan mematuhi piawaian perakaunan yang berkuat kuasa.<\/p>\n<p>4.11\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh LPUKM dari semasa ke semasa.<\/p>\n<p>4.12\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Melaporkan kepada LPUKM mengenai kewujudan elemen penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan penipuan untuk tindakan yang sewajarnya.<\/p>\n<p>4.13\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Meneliti dan meluluskan prestasi aktiviti Audit Dalam berhubung dengan pelan perancangan aktiviti audit dan lain-lain perkara.<\/p>\n<p>4.14\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Membuat penilaian prestasi ke atas Ketua Unit Audit Dalam UKM sekurang-kurangnya setahun sekali.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<ol start=\"5\">\n<li><strong> TATACARA MESYUARAT JAUKM<\/strong><\/li>\n<\/ol>\n<p>5.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Korum mesyuarat JAUKM adalah sekurang-kurangnya tiga (3) orang Ahli\u00a0JAUKM yang dilantik termasuk Pengerusi.<\/p>\n<p>5.2\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Undian<br \/>\n5.2.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Bagi maksud memutuskan perkara atau soal dasar dan disiplin, undian\u00a0dibuat secara sebulat suara.<\/p>\n<p>5.2.2 \u00a0\u00a0\u00a0 Bagi maksud memutuskan perkara selain dinyatakan dalam perkara undian dibuat secara undian biasa.<\/p>\n<p>5.2.3 \u00a0\u00a0\u00a0 Pengerusi dan setiap Ahli JAUKM mempunyai satu undi dan boleh\u00a0menggunakan undinya, tetapi sekiranya terdapat persamaan jumlah undi, Pengerusi mesyuarat layak mendapat undi kedua atau undi\u00a0pemutus.<\/p>\n<p>5.3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ahli Undangan<br \/>\n5.3.1\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Mana-mana orang yang diundang oleh JAUKM menurut perkara 3.4\u00a0tidak berhak mengundi pada mesyuarat JAUKM berkenaan.<\/p>\n<p>5.4\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Jika Pengerusi tidak dapat hadir di sesuatu mesyuarat JAUKM, Ahli JAUKM\u00a0yang hadir boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk\u00a0mempengerusikan mesyuarat.<\/p>\n<p>5.5\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tarikh dan Tempat Mesyuarat\u00a0Mesyuarat Jawatankuasa Audit hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di\u00a0mana-mana tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh JAUKM.<\/p>\n<p>5.6\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kekerapan Mesyuarat\u00a0Mesyuarat JAUKM hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali\u00a0setahun.<\/p>\n<p>5.7\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Notis Panggilan Mesyuarat\u00a0Pemberitahuan untuk mengadakan mesyuarat hendaklah dimaklumkan\u00a0kepada Ahli sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari sebelum tarikh mesyuarat.<\/p>\n<p>5.8\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Agenda dan Kertas Kerja\u00a0Setiausaha JAUKM hendaklah mengedarkan kepada Ahli, agenda dan semua\u00a0kertas kerja berserta dokumen berkenaan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari\u00a0sebelum mesyuarat diadakan. Sekiranya terdapat dokumen tambahan untuk\u00a0mesyuarat tersebut, Setiausaha JAUKM hendaklah mengedarkan kepada Ahli\u00a0sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum mesyuarat diadakan.<\/p>\n<p>5.9\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Edaran Minit<br \/>\n5.9.1 \u00a0\u00a0\u00a0 Minit setiap mesyuarat hendaklah diedarkan kepada Ahli dalam\u00a0tempoh sepuluh (10) hari selepas mesyuarat diadakan.<\/p>\n<p>5.9.2 \u00a0\u00a0\u00a0 Minit mesyuarat hendaklah disahkan dalam mesyuarat berikutnya<\/p>\n<p>5.9.3 \u00a0\u00a0\u00a0 Minit mesyuarat yang telah disahkan oleh Mesyuarat JAUKM\u00a0hendaklah dianggap sebagai keterangan muktamad prosiding JAUKM.<\/p>\n<p>5.9.4 \u00a0\u00a0\u00a0 Semua minit mesyuarat hendaklah dibentangkan kepada LPUKM\u00a0untuk makluman dan tindakan selanjutnya, jika berkaitan<\/p>\n<p>5.10\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Urus Setia<strong><br \/>\n<\/strong>5.10.1 \u00a0\u00a0UAD UKM bertanggungjawab menguruskan perjalanan mesyuarat\u00a0JAUKM.<\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENUBUHAN 1.1\u00a0 Jawatankuasa Audit Universiti Kebangsaan Malaysia (JAUKM) ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (LPUKM) menurut kuasa di bawah Seksyen 21(1) Perlembagaan Universiti Kebangsaan<a class=\"ut-readmore\" href=\"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/piagam-jawatankuasa-audit-ukm\/\"> &#8230;<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":87,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-1990","page","type-page","status-publish","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1990","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1990"}],"version-history":[{"count":46,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1990\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6287,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1990\/revisions\/6287"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/audit\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1990"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}