Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan kerjasama Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) telah menganjurkan Majlis Taklimat Pelajar Baharu Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) bagi Kohort ke-46.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada 1,275 graduan bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-53. Penganugerahan ini merupakan manifestasi komitmen, ketabahan dan kecemerlangan para graduan sepanjang tempoh pengajian mereka di UKM.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia, melakar satu lagi sejarah bermakna menerusi penganjuran Majlis Apresiasi Graduan Doktor Falsafah dan Sanjungan Budi Profesor Emeritus, sebagai penghargaan kepada kecemerlangan akademik dan jasa bakti tokoh ilmuwan fakulti.
Buat julung kalinya, Sekretariat Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM telah menganjurkan Majlis Watikah Pelantikan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK) serta kelab-kelab di bawah naungannya pada 6 November 2025 bertempat di Dewan Perdana, FSSK.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) berbesar hati menganjurkan Siri Syarahan Duta Besar (Ambassador Lecture Series – ALES) yang menampilkan H.E. Peter Van Acker, Duta Besar Belgium ke Malaysia.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) telah menganjurkan Syarahan Perdana Prof. Ts. Dr. Kadir Arifin bertajuk “Sifar Kemalangan di Tempat Kerja: Realiti @ Fantasi” di Bilik Senat, Aras 5 Bangunan Canselori, UKM.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menerima kedatangan seramai 267 pelajar baharu pascasiswazah bagi sesi kemasukan terkini, menandakan permulaan perjalanan akademik yang penuh harapan dan potensi.
FSSK UKM telah menganjurkan Majlis Apresiasi Watan FSSK di Perkarangan Chow Kit FSSK sebagai simbolik sambutan kehadiran pelajar baharu ke fakulti. Dengan bertemakan “Kisah Klasik untuk Masa Hadapan”, program ini memberi mesej bahawa kisah-kisah klasik sarat dengan pengajaran dan inspirasi yang boleh dijadikan pegangan oleh mahasiswa.
FSSK UKM mencatatkan jumlah tertinggi pelajar yang menjalani latihan industri antarabangsa dalam sejarah penubuhannya. Seramai 77 pelajar tahun 3 yang terdiri daripada pelbagai program akademik telah terpilih menyertai program latihan industri luar negara bagi sesi Julai hingga September 2025.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia terus mengukuhkan visibiliti globalnya apabila seramai 62 orang pelajar berjaya terpilih menyertai pelbagai program mobiliti antarabangsa ke 9 buah negara sekaligus, menjadikan FSSK sebagai fakulti yang mencatatkan penyertaan mobiliti antarabangsa tertinggi di UKM bagi tahun ini.
Segala penulisan di dalam laman portal berita Bata Merah ini adalah diterbitkan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi Digital (DCU), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua penulisan di dalam portal ini tidak semestinya mewakili pandangan rasmi pihak FSSK dan UKM terhadap sesuatu isu. Para penulis portal ini berpegang teguh kepada prinsip etika dan profesionalisme demi menjaga nama baik fakulti dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK