Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia terus memacu agenda penyelidikan rentas disiplin melalui penganjuran Eksposisi Penyelidikan Rentas Disiplin 2025 iaitu sebuah platform kolaboratif yang menghimpunkan penyelidik dan pelajar daripada pelbagai latar belakang akademik untuk mendepani isu dan cabaran global melalui pendekatan lintas disiplin yang luas.
Penyertaan kluster penyelidikan merentasi disiplin seperti sains sosial, teknologi, perubatan dan pendidikan menyerlahkan tekad FSSK untuk mempelbagaikan kerjasama kepakaran dan menghasilkan penyelidikan yang memberi impak besar kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Majlis eksposisi turut dihadiri oleh Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof. Dr. Nor Fadilah Rajab, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Sains Kesihatan, serta Prof. Madya Dr. Haliza binti Katas, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Farmasi.
Penganjuran ini memperkukuh peranan FSSK sebagai peneraju dalam penyelidikan sosial dan kemanusiaan serta membuka ruang kolaborasi baharu antara bidang dalam usaha menyumbang kepada penyelesaian isu sejagat melalui pendekatan bersepadu.
Segala penulisan di dalam laman portal berita Bata Merah ini adalah diterbitkan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi Digital (DCU), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua penulisan di dalam portal ini tidak semestinya mewakili pandangan rasmi pihak FSSK dan UKM terhadap sesuatu isu. Para penulis portal ini berpegang teguh kepada prinsip etika dan profesionalisme demi menjaga nama baik fakulti dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK