Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan program istimewa bertajuk “Gamechangers: Antara Budaya dan Sukan” yang bertempat di ruang legar Chowkit, FSSK pada 19 Jun 2025. Dengan tema “Dari Gelanggang ke Panggung Dunia: Cerita Budaya dan Sukan Malaysia”, seminar ini mengetengahkan pengalaman para atlet dan artis tanah air yang bukan sahaja membawa nama negara ke persada antarabangsa tetapi turut menjadi penyampai nilai budaya Malaysia melalui komunikasi dan adaptasi rentas budaya. Dalam konteks ini, para atlet dan artis berperanan sebagai ‘soft power’ Malaysia menjadi wajah negara melalui semangat kesukanan, keunikan budaya dan nilai murni yang dikongsi bersama komuniti.
Antara panel jemputan yang hadir ialah Al Jufferi Jamari (Silat), Norshahrul Idlan Talaha (Bola Sepak), Adli Hafidz (Tinju), Amisha Azrilrizal dan Ali Yaakub (Muay Thai) serta Sharul Aimy (Gimnastik). Turut menyerikan majlis ialah persembahan khas daripada artis tanah air seperti Noraniza Idris, Mawi dan Tomok menjadikan penganjuran ini sebuah gabungan unik antara inspirasi sukan dan seni budaya.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UKM yang menyatakan keyakinan terhadap usaha mahasiswa sebagai ejen perubahan dalam ekosistem pendidikan negara.
Program ini turut mendapat kerjasama strategik daripada rakan industri dan media seperti ICON Entertainment, Sinar Harian, ERA dan Astro Gempak.
Segala penulisan di dalam laman portal berita Bata Merah ini adalah diterbitkan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi Digital (DCU), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua penulisan di dalam portal ini tidak semestinya mewakili pandangan rasmi pihak FSSK dan UKM terhadap sesuatu isu. Para penulis portal ini berpegang teguh kepada prinsip etika dan profesionalisme demi menjaga nama baik fakulti dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK