Siri Syarahan Duta Besar (ALES) FSSK, Diplomasi Merentas Sempadan.

Oleh: Ezzatul Nadia Idris

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) berbesar hati menganjurkan Siri Syarahan Duta Besar (Ambassador Lecture Series – ALES) yang menampilkan H.E. Peter Van Acker, Duta Besar Belgium ke Malaysia.

Syarahan ini menjadi wadah berharga kepada warga FSSK untuk memahami dunia diplomasi secara lebih dekat menerusi pengalaman dan pandangan langsung dari tokoh diplomat sendiri. Peluang ini juga membuka ruang kepada pelajar pelbagai bidang untuk meneroka bagaimana strategi dan diplomasi bergerak seiring dalam menghadapi cabaran dunia yang kian kompleks.

Semoga siri syarahan ini memberi inspirasi dan kesedaran terhadap peranan penting diplomat di pentas global serta memperkukuh kefahaman tentang kepentingan hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain.

Lokasi

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi

Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK

Translate »