Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM terus komited memperkukuh Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 17 – Perkongsian untuk Matlamat melalui jalinan kerjasama strategik antarabangsa.
Pertemuan bersama Dr. M. Muttaqien, Dekan FISIP Universitas Airlangga menumpukan kepada potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan, penerbitan bersama, pertukaran pensyarah, program mobiliti serta latihan industri.
Kunjungan hormat ke FISIP Universitas Muhammadiyah Malang pula membuka lembaran baharu kerjasama untuk fasa kedua 2025–2030 yang disambut mesra oleh Muhammad Salis Yuniardi, Wakil Rektor IV.
Delegasi FSSK yang diketuai oleh YBhg. Prof. Kadaruddin Aiyub berharap agar jaringan strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem pendidikan tinggi yang mampan, inklusif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Semoga hubungan ini terus berkembang dan memberi impak positif kepada komuniti akademik serantau.
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK