Fssk Ukm Perkukuh Kerjasama Akademik Serantau Bersama Aseanaca

Oleh: Ezzatul Nadia Idris

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS) telah menerima kunjungan serta lawatan mobiliti akademik yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Tulus Suryanto, Presiden ASEAN Academic Association (ASEANACA) bersama delegasi yang melibatkan 12 buah universiti dari Indonesia.

ASEANACA merupakan sebuah platform kerjasama akademik serantau yang menghimpunkan institusi pengajian tinggi di rantau ASEAN bagi memperkasa penyelidikan, penerbitan, mobiliti akademik serta pertukaran ilmu. Hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia khususnya telah lama terjalin dan mempunyai potensi besar untuk terus diperkukuh melalui pelaksanaan program bersemuka seperti lawatan akademik, seminar serta perbincangan strategik.

FSSK sentiasa komited dalam memupuk budaya kolaborasi akademik yang berimpak tinggi, sejajar dengan aspirasi UKM sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang relevan dengan keperluan masyarakat di peringkat serantau dan global. Jaringan kerjasama ini amat bertepatan dengan hasrat FSSK untuk memperluas perkongsian kepakaran serta menghasilkan penyelidikan yang mampu menyumbang kepada pembangunan sosial, komuniti dan kelestarian.

Diharapkan pertemuan ini akan menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan, bukan sahaja melalui pemeteraian memorandum persefahaman, malah menerusi pelaksanaan program bersama yang memberi manfaat kepada institusi serta masyarakat secara menyeluruh.

Kunjungan ini disambut baik dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Azlan Abas, Timbalan Siswazah FSSK, Prof. Madya. Dr Emma Mirza Wati Mohamad, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi FSSK, Prof. Madya Dr. Rosniza Aznie Che Rose, Pengerusi Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS) serta kakitangan akademik.

 

  • Sekolah Tinggi Ekonomi dan Bisnis Islam (STEBI) Lampung
  • Universitas Djuanda Bogor
  • Universitas Jendral Ahmad Yani (UNJANI)
  • Universitas Borobudur Jakarta
  • Universitas Islam Negeri (UIN) Kiai Haji Achmad Siddiq Jember
  • Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah (STIT) Bustanul Ulum
  • Universitas Islam Negeri (UIN) Sultan Aji Muhammad Idris Samarinda
  • Universitas Islam Negeri (UIN) Siber Syekh Nurjati Cirebon
  • Institut Andi Sapada
  • Universitas Padjadjaran
  • Institut Al-Ma’arif Way Kanan (ILMAWA)
  • Universitas Kepanjen

Lokasi

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi

Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK

Translate »