Pertemuan yang julung kali diadakan sejak penubuhan Galeri Tun Fatimah Hashim pada 25 Jun 2013 ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara PKWTFH dan Yayasan Kadir & Fatimah di samping membincangkan hala tuju galeri sebagai wadah pemeliharaan legasi, dokumentasi sejarah dan pemerkasaan kepimpinan wanita di Malaysia.
Antara agenda utama yang dibincangkan ialah usaha memperkasa program akademik melalui cadangan memperkenalkan pembelajaran bahasa Rusia di Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik (PKBL), FSSK UKM.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS) telah menerima kunjungan serta lawatan mobiliti akademik yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Tulus Suryanto, Presiden ASEAN Academic Association (ASEANACA) bersama delegasi yang melibatkan 12 buah universiti dari Indonesia.
Pertemuan bersama Dr. M. Muttaqien, Dekan FISIP Universitas Airlangga menumpukan kepada potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan, penerbitan bersama, pertukaran pensyarah, program mobiliti serta latihan industri.
Kunjungan ini merupakan kesinambungan kepada kerjasama sedia ada antara kedua-dua institusi, khususnya melibatkan pelantikan pensyarah pelawat serta pelaksanaan pelbagai aktiviti akademik seperti penilaian kurikulum, wacana penerbitan jurnal dan inisiatif penerbitan bersama yang telah dijalankan sebelum ini.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperkukuh jaringan strategik dengan agensi luar melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi meneruskan pelaksanaan Program Sijil Profesional Khidmat Sosial (SPKS).
Jaringan penyelidikan FSSK di peringkat antarabangsa terutamanya dengan negara Jepun kini boleh dikatakan sudah berada pada satu tahap yang membanggakan. Hal ini dibuktikan melalui jumlah perolehan dana antarabangsa terkumpul berkaitan dengan Jepun berjumlah hampir RM1.8 juta daripada pelbagai sumber termasuk UKM sendiri
Segala penulisan di dalam laman portal berita Bata Merah ini adalah diterbitkan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi Digital (DCU), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua penulisan di dalam portal ini tidak semestinya mewakili pandangan rasmi pihak FSSK dan UKM terhadap sesuatu isu. Para penulis portal ini berpegang teguh kepada prinsip etika dan profesionalisme demi menjaga nama baik fakulti dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK