Berlangsung di Dewan Perdana dan Laluan di Chow Kit, FSSK UKM, program bertemakan “Explore Languages, Embrace Cultures, Celebrate Diversity” itu merupakan inisiatif bermakna dalam memperkayakan pengalaman pembelajaran mahasiswa, khususnya melalui pemahaman yang lebih mendalam terhadap kepelbagaian bahasa, budaya dan cara hidup masyarakat dari seluruh dunia.
Empat mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat keempat dalam pertandingan pitching Program Cabaran Keusahawanan Sosial Belia: FUSE x SERY 2026 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 17 Oktober lalu.
Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan telah menganjurkan Program Mobiliti dan Pengantarabangsaan ke Korea Selatan dengan membawa 14 orang remaja Program Perumahan Rakyat (PPR) yang terdiri daripada peserta kelas kek dan pastri Program PERMATA Remaja. Delegasi ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nasrudin Subhi bersama dua felo penyelidik, dua tenaga pengajar dan dua pegawai pengiring.
Seramai 832 pelajar baharu FSSK UKM memulakan langkah pertama sebagai warga fakulti menerusi pengisian Minggu Tekad Siswa (MTS) yang memberi pendedahan awal mengenai persekitaran akademik, program pengajian, pusat kajian dan peranan warga FSSK.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi kerjasama antara mahasiswa Kelab Pengajian Melayu (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Festival Bitara Melayu (FESTIARA) 2026 yang berlangsung di Dewan Perdana FSSK.
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) telah menganjurkan Majlis Graduasi Sijil Profesional Khidmat Sosial (SPKS) ke-2 di Dewan Perdana FSSK bagi meraikan kejayaan 17 orang graduan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berjaya menamatkan pengajian bagi Kohort 2.
Di sebalik apresiasi di peringkat negara, wujud satu kebanggaan yang luar biasa di fakulti tercinta ini. Pengumuman tokoh ilmuan dan pengarang prolifik, Allahyarham Dr. Abdul Rahman Napiah, atau lebih dikenali dengan, Mana Sikana, sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-16.
Segala penulisan di dalam laman portal berita Bata Merah ini adalah diterbitkan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi Digital (DCU), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua penulisan di dalam portal ini tidak semestinya mewakili pandangan rasmi pihak FSSK dan UKM terhadap sesuatu isu. Para penulis portal ini berpegang teguh kepada prinsip etika dan profesionalisme demi menjaga nama baik fakulti dan Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2026 | DCU,FSSK