Bersempena dengan Minggu Literasi Media dan Informasi Global, JomCheck Malaysia dengan kerjasama UNESCO telah menganjurkan forum literasi media dan informasi l yang bertemakan “Navigating Truth in the Digital Age: Empowering Global Citizens through Media and Information Literacy” pada 22 Oktober 2024.
Dengan menampilkan panel-panel antarabangsa, dan dihadiri oleh lebih 200 orang pelajar, forum ini bertujuan meningkatkan kesedaran global tentang pentingnya literasi media dalam menghadapi penyebaran maklumat palsu dan mempromosikan kewarganegaraan digital. Panelis forum ini terdiri daripada Ms. Surabhi Malik daripada Google News Lab Lead, Norman Goh, daripada Nikkei Asia, Malaysia Bureau, Prof. Madya Dr. Sabariah Mohamed Salleh daripada FSSK dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad dari Pusat Kajian Media & Komunikasi (MENTION). Hadir sama pada sesi forum ini adalah Ketua Unit Komunikasi & Maklumat UNESCO Jakarta, Ms. Ana Lomtadze.
Menurut Ana, kolaborasi antara UNESCO dan JomCheck Malaysia adalah penting kerana UNESCO melihat universiti dan belia sebagai pemain utama. dalam menyediakan kandungan pendidikan bagi memupuk literasi media dan maklumat (MIL) dan menjadi penggerak dalam mengamalkan penggunaan maklumat yang bertanggungjawab serta menangani kandungan berbahaya. Pendekatan ini seiring dengan nilai hak asasi manusia, yang menekankan keperluan untuk menggunakan maklumat secara beretika dan selamat.
Selain forum, sesi perkongsian pelajar dan pertandingan KLICK Explore Race turut diadakan sebagai pendekatan unik dalam menerapkan ilmu literasi media, khususnya dalam menyemak fakta dan memastikan kesahihan maklumat. Aktiviti ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar penyebaran maklumat palsu yang berlaku hari ini serta membentuk pemahaman kritis dalam menilai kesahihan sesuatu maklumat.
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK