Program Kelestarian Dan Kesejahteraan Kakitangan Pelaksana FSSK

Oleh: Muhammad Akmal Arfan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) sentiasa komited untuk membentuk persekitaran kerja yang lebih ceria dan produktif di dalam fakulti. Oleh itu, Program Kelestarian dan Kesejahteraan Kakitangan Pelaksana telah diadakan di Taman Negara, Jeram Perahu, Pahang pada 26 hingga 28 Januari 2025 dan telah disertai oleh 54 kakitangan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM. Program ini juga secara langsung menggambarkan pendirian FSSK dalam membentuk modal insan yang seimbang iaitu tidak hanya cemerlang dari segi akademik dan professional sahaja, malah turut prihatin dan mesra terhadap pelbagai jenis lapisan masyarakat.

Objektif utama program adalah untuk mengukuhkan hubungan antara kakitangan dan membina semangat kekitaan, di samping menjalin hubungan dengan masyarakat tempatan khususnya penduduk Kampung Gusai. Melalui pelbagai aktiviti team building yang menarik, kakitangan pelaksana FSSK dan ahli JKKP dapat mengenali rakan sekerja dengan lebih dekat, di samping dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam organisasi UKM secara keseluruhan.

Hasilnya, program ini berjaya mencapai matlamatnya dimana peserta dapat mengeratkan hubungan sesama kakitangan, merasai pengalaman kehidupan luar bandar khususnya di kawasan yang terpencil dimana jaraknya ke bandar hampir 2 jam perjalanan, dan yang paling penting dapat memberi sumbangan positif kepada masyarakat setempat.

Lokasi

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi

Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK

Translate »