FSSK Terus Unggul dalam QS Rankings 2025

Oleh: Muhammad Akmal Arfan

UKM terus melakar kecemerlangannya dengan peningkatan pencapaian dalam penarafan QS World University Rankings by Subject 2025 yang diumumkan secara rasmi pada 12 Mac 2025 yang lalu. 

FSSK turut berbangga dengan pencapaian di kedudukan 179 (Social Sciences & Management) dan 218 (Arts & Humanities) bagi kategori Broad Area. Untuk subjek pula, kita berbangga di kedudukan 200 teratas bagi English Language & Literature, Linguistics, Communication & Media Studies serta Modern Languages. Manakala Geografi di kedudukan 300 teratas di dunia.

Jika dibandingkan dengan penarafan tahun-tahun sebelumnya, FSSK telah menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam kebanyakan bidang subjek. Kedudukan 218 untuk Arts & Humanities menunjukkan peningkatan sebanyak 7 kedudukan daripada tahun sebelumnya. 

Pencapaian cemerlang FSSK dalam QS World University Rankings by Subject 2025 membawa pelbagai impak positif kepada fakulti dan universiti secara keseluruhan. Kedudukan yang baik dalam penarafan antarabangsa seperti QS meningkatkan keterserlahan dan reputasi FSSK di peringkat  global seterusnya menarik minat pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di UKM yang seterusnya menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif dan meraikan kepalbagaian budaya.

Namun, pencapaian ini bukanlah titik akhir, sebaliknya merupakan pemangkin untuk fakulti terus berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi di masa hadapan. Dengan sokongan padu daripada semua pihak berkepentingan, FSSK pasti mampu meningkatkan lagi kedudukannya dalam penarafan antarabangsa pada tahun-tahun akan datang.

Lokasi

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi

Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK

Translate »