Majlis Doa Selamat dan Tahlil Perdana FSSK

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Tahlil Perdana sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1446H pada 28 Februari 2025 yang lalu.. Majlis berlangsung di Dewan Perdana FSSK dan turut dihadiri oleh Dekan FSSK, YBhg. Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub bersama warga fakulti. 


Majlis ini kemudian dimeriahkan lagi dengan jamuan yang disediakan secara "potluck" oleh Pejabat Kedekanan dan Pusat Kajian di FSSK. Setiap pejabat dan pusat menyumbang pelbagai juadah istimewa untuk dinikmati bersama.


Majlis ini merupakan sebahagian daripada usaha FSSK untuk merapatkan hubungan silaturahim, menjalinkan ukhuwah dan berkongsi rezeki dalam kalangan warga akademik, kakitangan pelaksana dan serta pengurusan.

Portal Berita Bata Merah FSSK

Segala penulisan di dalam laman portal berita Bata Merah ini adalah diterbitkan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi Digital (DCU), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua penulisan di dalam portal ini tidak semestinya mewakili pandangan rasmi pihak FSSK dan UKM terhadap sesuatu isu. Para penulis portal ini berpegang teguh kepada prinsip etika dan profesionalisme demi menjaga nama baik fakulti dan Universiti Kebangsaan Malaysia

Lokasi

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi

Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK

Translate »