FSSK Catat Rekod Tertinggi di UKM Dalam Program Mobiliti Antarabangsa

Oleh: Muhammad Akmal Arfan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia terus mengukuhkan visibiliti globalnya apabila seramai 62 orang pelajar berjaya terpilih menyertai pelbagai program mobiliti antarabangsa ke 9 buah negara sekaligus, menjadikan FSSK sebagai fakulti yang mencatatkan penyertaan mobiliti antarabangsa tertinggi di UKM bagi tahun ini. 

Kejayaan ini turut disokong dengan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM193,694 yang merangkumi RM98,850 diluluskan oleh UKM Global dan RM94,844 daripada FSSK sendiri. Peruntukan ini mencerminkan komitmen fakulti dalam menyokong agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan memperluas pengalaman pelajar di peringkat antarabangsa. 

Para pelajar akan menjalani program seperti pertukaran pelajar, latihan industri antarabangsa dan penyertaan program musim panas di institusi ternama melibatkan negara Jepun, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Laos, Brunei, Filipina, Perancis dan Amerika Syarikat. Penyertaan ini melibatkan pelajar daripada 10 program pengajian di bawah FSSK seperti Sains Politik, Psikologi, Media dan Komunikasi, Pengajian Bahasa Melayu, Antropologi dan Sosiologi, Kerja Sosial, Sejarah, Geografi dan Persuratan Melayu serta Strategi dan Keselamatan (PhD). 

Berikut senarai pelajar yang menjalani program mobiliti antarabangsa: 

  • Muhammad Wafi Bin Razali (Sains Politik) – Brunei 
  • Muhammad Zulhafizi Bin Zamsuri (Pengajian Bahasa Melayu) – Brunei 
  • Nur Afiqah Syamimie Binti Abdullah (Pengajian Bahasa Melayu) – Laos
  • Loi Yong Xiang (Psikologi) – Filipina
  • Imanina Afnie Binti Mohd Khidzir (Pengajian Bahasa Inggeris) – Jepun
  • Wan Alya Nabilah Binti Wan Hasnibi (Media dan Komunikasi) – Jepun
  • Noor ‘adlina Hadfina Binti Mohamad Hatta (Pengajian Bahasa Melayu) – Korea Selatan
  • Nor Laili Fatihah Binti Abdullah Sani (Antropologi dan Sosiologi) – Korea Selatan
  • Nur Balqis Binti Mohd Amirruddin (Antropologi dan Sosiologi) – Korea Selatan
  • Muhammad Aiman Bin Roszaimi (PhD, Strategi dan Keselamatan) – Amerika Syarikat
  • Nooryati Binti Tiksing (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Nur Khaleeda Binti Mat Sani (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Nurul Zafira Binti Zulkeflee (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Nur Fasihah Binti Abdullah (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Nur Athirah Binti Adnan (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Fatin Suhailah Binti Mikfar (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Siti Nurindah Binti Hassan (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Muhammad Amirul Ikhwan Bin Assmad (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Nurlaila Syazwani Binti Azman (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Muhammad Noorul Arsyad Bin Noorul Ameen (Pengajian Bahasa Melayu) – Thailand
  • Nur Aliyah Binti Mohamad Zaizi (Kerja Sosial) – Indonesia
  • Batrisyia Nur Hidayah Binti Hishamuddin (Kerja Sosial) – Indonesia
  • Nureen Zuhayra Husna Binti Zulkarnain (Kerja Sosial) – Indonesia
  • Nurul Huda Nabila Binti Adnan (Kerja Sosial) – Indonesia
  • Muhammad Khairulanwar Bin Johari (Kerja Sosial) – Indonesia
  • Nurul Adrin Batrisyia Binti Mohd Rizal (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Nor Arini Binti Mohd Asri (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Mohammad Shafiq Bin Minggu (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Siti Nur Hafizah Binti Zaini (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Emannual Keane Anak Anthony (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Nur Najlaa Athirah Bitni Abdul Salam (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Muhammad Nor Rizal Bin Udin (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Abdurajah Bin Abdul Haver (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Noor Alyaa Adrianna Binti Mohd Rusdi (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Iman Balqish Binti Ahmad Faizal (Persuratan Melayu) – Indonesia
  • Muhammad Luqman Ariff Bin Kamaruzaman (Psikologi) – Indonesia
  • Muhammad Aiman Zarif Bin Faizol (Psikologi) – Indonesia
  • Meisarah Binti Mokhtaram (Psikologi) – Indonesia
  • Herney Binti Mustakim (Psikologi) – Indonesia
  • Izzatul Nurin Hannah Binti Hairy Shah (Psikologi) – Indonesia
  • Zulaikha Binti Mohd Fouzi (Psikologi) – Indonesia
  • Aleany Binti Azlan Kamal Nazyunniyah (Psikologi) – Indonesia
  • Eviana Zetty Binti Azillah (Psikologi) – Indonesia
  • Nur Izzati Binti Omar (Psikologi) – Indonesia
  • Nur Azreen Binti Mohd Amran (Psikologi) – Indonesia
  • Muhamad Amirul Amin Bin Mohd Aminnudin (Sains Politik) – Indonesia
  • Kausalyah A/P Jeganathan (Sains Politik) – Indonesia
  • Lim Kee Zun (Sains Politik) – Indonesia
  • Muhammad Khairuzzakwan Bin Kashmir (Sains Politik) – Indonesia
  • Nor Mas Shazuwanie Binti Md Hashim (Sains Politik) – Indonesia
  • Nuraisyah Binti Saf Peri (Sains Politik) – Indonesia
  • Hazman Bin Abd Kadir (Antropologi dan Sosiologi) – Indonesia
  • Nik Shah Nazran Bin Syahril (Antropologi dan Sosiologi) – Indonesia
  • Aspiah Binti Asmadi (Antropologi dan Sosiologi) – Indonesia
  • Noor Aisyhah Liyana Binti Mohd Hasrulnizam (Antropologi dan Sosiologi) – Indonesia
  • Nisya Erin Natasya Binti Suhaizan (Antropologi dan Sosiologi) – Indonesia
  • Muhammad Khairin Hizam Bin Misizamzu (Geografi) – Jepun
  • Muhammad Haikal Bin Honan (Sejarah) – Perancis
  • Chen Yeong Sheng (Psikologi) – Filipina
  • Wan Aisyah Aqilah Binti Wan Muhamad Fauzan (Psikologi) – Filipina
  • Felisha Aliyah Binti Foad (Komunikasi Media) – Filipina
  • Mohd Thariq Akhyar Bin Sulaiman Sateh (Komunikasi Media) – Filipina

Lokasi

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi

Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK

Translate »