Tahniah Mahasiswa FSSK! 77 Pelajar Menjalani Latihan Industri Antarabangsa 2025

Oleh: Muhammad Akmal Arfan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus melakar pencapaian membanggakan apabila mencatatkan jumlah tertinggi pelajar yang menjalani latihan industri antarabangsa dalam sejarah penubuhannya. Seramai 77 pelajar tahun 3 yang terdiri daripada pelbagai program akademik telah terpilih menyertai program latihan industri luar negara bagi sesi Julai hingga September 2025.

Program ini melibatkan penempatan di institusi dan organisasi terpilih di tiga buah negara serantau iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina. Pelajar-pelajar yang terlibat mewakili pelbagai bidang ilmu seperti Komunikasi Media, Persuratan Melayu, Pengajian Bahasa Melayu, Psikologi, Sains Politik, Antropologi dan Sosiologi, Linguistik, Sejarah dan Kerja Sosial.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pelajar untuk menerapkan ilmu yang dipelajari dalam konteks antarabangsa, malah menjadi medan terbaik untuk memperkukuh jaringan akademik dan industri di peringkat global.

Semoga pengalaman latihan industri ini menjadi pemangkin kepada pencapaian akademik, peningkatan profesionalisme dan membentuk mahasiswa yang berdaya saing serta mampu mengharumkan nama FSSK dan UKM di persada antarabangsa. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat.

Program Latihan Industri Luar Negara
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan 2025

SENARAI PROGRAM DAN NEGARA

NoProgram PengajianUniversiti/NegaraJumlah
1Komunikasi MediaUniversitas Hassanuddin, Makassar, Indonesia4
2Komunikasi MediaUIC College of Arts and Humanities & Consulate General of Malaysia in Davao City, Filipina2
3Pengajian Bahasa MelayuPondok Bantan, Thailand10
4LinguistikUniversitas Andalas, Padang, Indonesia10
5Sains PolitikUniversitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia10
6Antropologi & SosiologiUniversitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia5
7Persuratan MelayuUniversitas Sumatera Utara, Medan, Indonesia10
8Kerja SosialUniversitas Muhammadiyah, Malang, Indonesia6
9SejarahUniversitas Negeri Padang, Indonesia8
10PsikologiUniversitas Negeri Padang, Indonesia10
11PsikologiUIC College of Arts and Humanities & Consulate General of Malaysia in Davao City, Filipina2

Lokasi

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi

Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK

Translate »