Bengkel AiYOH Perkasa Literasi AI Terhadap Sains Sosial Dalam ICOSH 2025

Oleh: Muhammad Akmal Arfan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui kumpulan penyelidikan The Media Initiative (TMI), Pusat Kajian Media dan Komunikasi telah menganjurkan bengkel AI Literacy Empowerment (AiYOH) sebagai acara pembukaan Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSH 2025).

Bengkel yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Sabariah Mohamed Salleh bersama pasukan akademik Dr. Abdul Latiff Ahmad, Dr. Hasrul Hashim dan Dr. Nurzihan Hassim itu menekankan kepentingan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh bidang sains sosial.

Seramai lebih 20 peserta telah didedahkan kepada pelbagai aplikasi dan alat AI yang berpotensi menyokong proses pengajaran, mempercepat penyelidikan serta memperluas bentuk analisis dalam bidang kemanusiaan. Perbincangan turut menekankan aspek penggunaan teknologi secara beretika agar AI dapat dimanfaatkan bagi memahami masyarakat dengan lebih mendalam.

Bengkel ini mencerminkan kesungguhan FSSK untuk memastikan bidang sains sosial bergerak seiring dengan perkembangan teknologi digital dan cabaran era kecerdasan buatan. AiYOH sekali gus memberi mesej jelas bahawa literasi AI kini menjadi keperluan asas bagi warga akademik dan penyelidik sosial dalam mendepani gelombang maklumat dan perubahan global.

Lokasi

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600, Bangi, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi

Hak cipta terpelihara @2025 | DCU,FSSK

Translate »