Panduan Pelajar
Makluman Pelaksanaan Inisiatif Pengurangan Yuran Pengajian Sebanyak 20% Semester 1 Sesi 2021/2022
Makluman Justifikasi Yuran UKM
Makluman Semakan Kadar Yuran Semester 2 2020/2021 Kesan Penularan Wabak Covid-19
Makluman Pengurangan Sebahagian Yuran Pendaftaran Pelajar Prasiswazah Sesi Akademik 2020/2021 Kesan Daripada Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Makluman Semakan Kadar Yuran Semester 1 Sesi 2020/2021 Kesan Penularan Wabak Covid-19
Makluman Berkaitan Pelarasan Pengurangan Yuran Perkhidmatan Semester 2 Sesi 2019/2020
Makluman Yuran Program Pengajian Pasca Siswazah Mod Kerja Kursus (Separuh Masa) Sesi 2020/2021
Makluman Semakan Kadar Yuran Semester 2 Sesi 2019/2020 Kesan Penularan Wabak Covid-19
Makluman Kadar Yuran Pengajian di UKM bagi tahun 2019
- Cara bayaran Yuran (Financial Guidance for UKM Student)
- Jadual Yuran 1 (Schedule 1) : Personal Bond
- Jadual Yuran 2 (Schedule 2): Kadar Yuran Pengajian dan Aktiviti UKM
Makluman Proses mengadakan aktiviti pelajar
- Penggunaan sistem istar (surat makluman kepada pelajar)
- Panduan umum (proses permohonan aktiviti pelajar)
- Panduan penyediaan laporan kewangan
- Carta Alir proses mengadakan aktiviti pelajar
Makluman Kadar Caj
Soalan 1: Bilakah tarikh akhir bayaran yuran semester?
Jawapan: Bagi pelajar Prasiswazah sebulan selepas mendaftar semester, manakala bagi pelajar Pascasiswazah adalah sebelum mendaftar semester baru.
Soalan 2: Saya merupakan pelajar Pascasiswazah, berapakah kadar yuran yang perlu dibayar untuk mendaftar semester baru?
Jawapan: Sila rujuk kadar yuran yang perlu dibayar di SMP- web pelajar.
Soalan 3: Bagaimana cara membuat bayaran yuran?
Jawapan:
- Bagi Yuran Pendaftaran/Kemasukan, bayaran perlu dijelaskan secara online di Sistem eDaftar.
- Manakala bagi Yuran Pengajian dan Penginapan, bayaran perlu dijelaskan menggunakan kaedah berikut:-
Soalan 4 : Bagaimana hendak mohon pembayaran yuran melalui KWSP?
Jawapan: Pelajar boleh download borang di laman web Jabatan Bendahari UKM dan email borang yang telah lengkap diisi kepada: ukpbendahari@ukm.edu.my atau pelajar boleh datang ke Kaunter Hasil Kewangan Pelajar, Aras 7, Bangunan Pengurusan Akademik.
Soalan 5: Bagaimana sekiranya saya tidak mampu untuk jelaskan bayaran yuran?
Jawapan: Pelajar boleh mendapatkan bantuan melalui:
- Tabung Amanah Zakat:
Aras 1, Masjid UKM (03-8921 4225/5820)
Cawangan PPUKM, Aras 3, Blok Asrama Jururawat (03-9145 62526)
Laman web : http://www.ukm.my/zakat/
2. Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP):
Aras 7, Bangunan Pusanika (03-8921 5347/4700)
Laman web: http://www.ukm.my/siswaukm/
Soalan 6: Sekiranya saya terlibat dengan program mobiliti luar negara, adakah saya perlu jelaskan bayaran yuran?
Jawapan: Ya, pelajar perlu jelaskan yuran seperti biasa walaupun terlibat dengan program mobiliti.
Soalan 7: Sekiranya saya hendak tarik diri / tangguh, adakah saya masih perlu membayar yuran?
Jawapan: Yuran akan dicaj pada pelajar mengikut tarikh kuat kuasa tarik diri/ tangguh/gantung yang tertera di surat kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak fakulti/akademik. Berikut merupakan peratusan pemulangan bayaran yuran:
Polisi kewangan:-
Soalan 8: Apakah tindakan sekiranya pelajar tidak/gagal membayar yuran selepas tempoh yang ditetapkan?
Jawapan: Pelajar akan dikenakan tindakan berikut:
- Diberhentikan pengajian
- Tidak dibenarkan melihat keputusan peperiksaan
- Tidak dibenar mendaftar
- Tidak dibenarkan mengambil sijil dan transkrip
- Pembaharuan visa disekat
Soalan 9: Di mana bayaran denda boleh dibuat?
Jawapan: Kaunter Hasil Kewangan Pelajar, Aras 7, Bangunan Pengurusan Akademik dengan menggunakan :-
- Kad Visa
- Kad Master Kecuali American Express
- Kad Debit/Kredit
Soalan 10: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya dapat tajaan?
Jawapan: Sekiranya bayaran dari penaja dikredit terus ke akaun UKM pelajar perlu menghantar salinan surat tawaran penajaan kepada Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 7, Bangunan Pengurusan Akademik @ emel : ukpbendahari@ukm.edu.my
Soalan 11: Kenapa yuran saya tidak dituntut kepada pihak penaja?
Jawapan: Pelajar tidak serahkan salinan surat tajaan kepada Unit Kewangan Pelajar atau tajaan pelajar tamat tempoh, mohon email salinan surat lanjutan penaja kepada ukpbendahari@ukm.edu.my sekiranya tempoh tajaan dilanjutkan.
Soalan 12: Bilakah tarikh penaja jelaskan bayaran yuran dan elaun sara diri?
Jawapan: Pihak UKM akan menghantar invois kepada pihak penaja, namun pelajar hendaklah berhubung terus dengan pihak penaja mengenai tarikh pembayaran.
Soalan 13: Bagaimana sekiranya pihak penaja belum menjelaskan bayaran yuran sebelum pelajar konvokesyen?
Jawapan: Pelajar dibenar untuk menghadiri konvokesyen walaupun penaja masih belum menjelaskan bayaran namun skrol/transkrip/surat senat akan disekat. Namun, sekiranya pelajar perlukan skrol/transkrip/surat senat tersebut, pelajar perlu mendahulukan bayaran.
Soalan 14: Bagaimana hendak memohon pendahuluan atau bayaran balik program / aktiviti pelajar?
Jawapan: Pelajar boleh merujuk garis panduan kewangan aktiviti pelajar di portal e-pelajar UKM.
Soalan 15: Bagaimana hendak tahu status bayaran balik yuran pelajar?
Jawapan: Pelajar wajib kemaskini nombor akaun bank di SMP web dan bayaran balik akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja. Sekiranya bayaran masih belum dikreditkan ke akaun pelajar dalam tempoh tersebut, mohon email kepada: ukpbendahari@ukm.edu.my.
Soalan 16: Dimana saya boleh dapatkan surat pengesahan yuran?
Jawapan: Pelajar boleh download borang di laman web Jabatan Bendahari UKM dan email borang yang telah lengkap diisi kepada: ukpbendahari@ukm.edu.my atau pelajar boleh datang ke Kaunter Hasil Kewangan Pelajar, Aras 7, Bangunan Pengurusan Akademik.
Soalan 17: Di mana saya boleh dapatkan pengesahan bayaran tesis?
Jawapan: Pelajar boleh datang ke Kaunter Hasil Kewangan Pelajar, Aras 7, Bangunan Pengurusan Akademik untuk dapatkan cop pengesahan bayaran.
Soalan 18: Di mana saya boleh mendapatkan sebarang pemakluman/info/hebahan mengenai kewangan?
Jawapan:
- Facebook : Bahagian Kewangan Pelajar – Jabatan Bendahari
- Portal e-pelajar UKM
No. Telefon Untuk Dihubungi: 89118183 /8184 /8182/8180
Email: ukpbendahari@ukm.edu.my