Panduan Kadar Caj
PINDAAN PENGECUALIAN BAYARAN (SEMAKAN 2016)
1.1. Pindaan kepada pengecualian bayaran adalah seperti berikut:
POLISI BAGI PESAKIT WARGANEGARA
- Berikut adalah pesakit yang berstatus percuma untuk prosedur pemeriksaan dan semua rawatan pergigian: [Pesakit dikehendaki mengemukakan surat jaminan yang masih sah semasa menghadiri temujanji rawatan]
- Penghuni rumah anak-anak yatim, institut kebajikan sosial dan rumah-rumah orang miskin yang disediakan oleh kerajaan di bawah pentadbiran & seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Penerima bantuan am bulanan dari JKM / Baitulmal & tanggungan.
- Orang asli yang disahkan JHEOA tidak berpendapatan tetap.
- Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) JKM
- Kakitangan polis & tanggungan : Sarjan Mejar dan ke bawah.
- Orang tawanan / pesalah yang dibawa oleh pihak berkuasa/Pegawai Polis beserta surat pengesahan orang tawanan.
- Pesara kerajaan yang menerima pencen tidak melebihi RM180.00 sebulan.
- Pesakit untuk tujuan pendidikan dan/atau peperiksaan.
- Pesakit yang mempunyai kad bagi Program Perlindungan Sementara dari Jabatan Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat.
- Pelajar sekolah khas kerajaan (sekolah orang kurang upaya) tetapi tidak berdaftar dengan JKM.
2. Berikut adalah pesakit yang berstatus percuma untuk prosedur rawatan pergigian asas* sahaja. Caj pemeriksaan perlu dibayar oleh pesakit mengikut kategori yang berkenaan.
- Warga emas melebihi umur 60 tahun.
- Penderma darah dan organ (beserta kad yang sah)
- Pelajar sekolah kerajaan berumur tidak melebihi 21 tahun dan belajar sepenuh masa.
- Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (beserta surat pengesahan terkini daripada fakulti yang berkenaan).
- Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia dan tanggungan
*percuma untuk pemeriksaan, rawatan pencegahan pergigian, tampalan sementara dan cabutan biasa sahaja.
3. Lain-lain
- Bagi KATEGORI B, pesakit perlu membayar kos rawatan seperti kos implan dan penyediaan prostesis (korona / jambatan) yang dihantar ke makmal luar.
- Pesakit yang menjalani rawatan implan dan ortodontik akan dikenakan deposit sebelum rawatan diberikan.
- Bagi rawatan Ortodontik, TIADA pengecualian diberikan kepada semua pesakit iaitu mereka dikehendaki membayar caj rawatan seperti yang dinyatakan.
- Semua pesakit perlu membayar yuran pendaftaran untuk setiap temujanji rawatan.
POLISI BAGI PESAKIT PENDUDUK TETAP, UNHCR DAN BUKAN WARGANEGARA
Pesakit berikut akan dikenakan caj 2 kali ganda dari kadar biasa:
- Bukan warganegara Malaysia termasuk anak yang mempunyai sijil pendaftaran kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
- Pesakit bukan warganegara yang belajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.