Panduan Perolehan
Rujukan terkini panduan perolehan universiti melalui Sistem Pengurusan Dokumen Universiti.
MuatturunPekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua pusat tanggungjawab mengenai Garis Panduan Mengadakan Bengkel/Persidangan Di Luar Kampus,
2.LATARBELAKANG
Merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 21/2014 Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Universiti, PTJ diminta mengadakan bengkel/persidangan di dalam kampus.
Sekiranya PTJ mempunyai justifikasi untuk mengadakan di luar kampus hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-
2.1 Tempoh permohonan adalah 3 minggu sebelum bengkel/persidangan berlangsung;
2.2 Justifikasi keperluan mengadakan bengkel di luar kampus;
2.3 Kadar tempat kursus adalah berpatutan; dan
2.4 Mematuhi tatacara perolehan yang ditetapkan.
3.KUATKUASA
3.1 Pekeliling ini berkuat kuasa pada tarikh ia dikeluarkan dan hendaklah dibaca bersekali dengan
PekeliIing Bendahari Bil. 3/2012, Bil. 2/201 4 dan Bil. 13/2014.
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Dimaklumkan pihak kami kerap menerima Borang Permintaan Pesanan Rasmi (BPPR) disaat akhir sebelum bekalan dan perkhidmatan diperlukan oleh PTJ. Sukacita mendapat kerjasama PTJ untuk mengemukakan dokumen BPPR yang lengkap selewat-lewatnya seminggu sebelum pembelian barang atau tarikh majlis. Jika dokumen lewat diterima bagi program yang telah dirancang awal, Pesanan Rasmi tidak akan dikeluarkan dan semua perbelanjaan akan ditanggung sendiri oleh pihak penganjur atau PTJ.
Tarikh Kuatkuasa 4 Januari 2016
Muatturun Surat Edaran
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Selaras dengan keperluan penjimatan dan perbelanjaan berhemah adalah disarankan agar PTJ dapat mengunakan kemudahan mesin penyalin sebagai mesin pencetak. Untuk makluman mesin penyalin yang dibekalkan kepada setiap PTJ dilengkapkan dengan fungsi “network printer” yang mana boleh digunakan sebagai mesin pencetak.
Sila berhubung dengan pihak pembekal dan Pusat Teknologi Maklumat bagi tujuan konfigurasi.
Tarikh Kuatkuasa 21 November 2016
Muatturun Surat EdaranSenarai Pembekal Berlesen Cap Dagangan UKM, boleh dirujuk dari Pusat Inovasi Kolaboratif di laman sesawang http://www.ukm.my/pik/forindustry/
Muatturun Senarai