Oeh Pusat Sukan UKM
Foto Ikhwan Hashim
Pasukan Bola Sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus membuktikan keunggulan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026 selepas menewaskan UiTM 3-1.
UKM mendahului dengan jaringan minit awal perlawanan oleh penyerang prolifik, Izrin Ibrahim sebelum UiTM menyamakan kedudukan 1-1 sebelum tamat separuh masa pertama oleh penjaring gol Adim Muzahhir Azuan.
Separuh masa kedua, aksi terpuji anak buah Mohd Rafiq Roslan terus digandakan dengan jaringan gol kedua UKM hasil sepakan deras Afiq Norizan di minit 61 perlawanan.
Dengan serangan bertali arus UKM terus selesa dihadapan dengan sepakan cantik Afiq Norizan dari jarak 20 meter menewaskan penjaga gol Universiti Teknologi Mara sekaligus memuktamadkan keputusan perlawanan dengan 3-1.
Skuad UKM mempamerkan permainan yang kemas, berdisiplin dan penuh semangat sepanjang perlawanan bagi memastikan trofi berprestij ini terus kekal milik UKM.
Kemenangan ini membuktikan komitmen berterusan UKM dalam pembangunan atlet serta kecemerlangan sukan universiti di peringkat tertinggi.

