Alumni UKM Bantu Persiapan Sekolah Anak Warga UKM

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 12 Mac 2024 – Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turun padang bagi membantu meringankan beban persiapan persekolahan anak-anak warga UKM.

Syarikat My-Sutera Sdn Bhd yang mengeluarkan barangan persekolahan jenama Canggih merupakan syarikat alumni UKM iaitu Annas Ahmad, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Syarikat tersebut bermurah hati memberi potongan harga barangan persekolahan dan turut mmeberi sumbangan sebanyak 200 unit bag sekolah dan alat tulis kepada anak-anak staf UKM yang memerlukan.

Naib Canselor, Prof Dato’ Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman dalam ucapanya menzahirkan ucapan terima kasih kepada alumni UKM yang sentiasa pulang ke alma mater bagi membantu warga UKM dalam meringankan beban.

“Saya sememangnya amat berbangga melihat para alumni kembali menabur bakti semula kepada universiti yang tercinta dan masyarakat. Saya percaya alumni memainkan peranan yang penting dalam membangunkan universiti dan pelajarnya.

“Sokongan alumni adalah aset yang amat berharga untuk universiti. Melalui perkongsian ilmu, pengalaman, dan sumbangan kewangan, mereka membantu memastikan bahawa generasi seterusnya akan mendapat pendidikan yang lebih berkualiti tinggi dan relevan dengan keperluan pasaran kerja,” katanya semasa menyampaikan ucapan Majlis Penyerahan Sumbangan dan Penutup Program “Back to School” bersama Alumni, di Pusanika, baru-baru ini.

Beliau berharap agar melalui inisiatif ini, dapat meringankan beban alumni dan warga UKM dalam membuat persediaan persekolahan anak-anak.

“Selaku alumni, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Annas Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif My-Sutera Sdn. Bhd. kerana sudi menyumbang semula kepada alma mater ini,” katanya.

Dalam majlis ini, Pusat Zakat UKM juga turut menyampaikan sumbangan zakat bernilai RM36,000 bagi bantuan persekolahan kepada anak-anak staf UKM.

Leave a Reply